Sunday, February 8, 2009

Tag Dari Tun Teja

Zuer dapat Tag dari Tun Teja (http://tuntejablog.blogspot.com/). Teja kata kener buat gak !!!

Directions: Once you've been tagged, you have to write a blog/Facebook note with 16 random things, facts, habits or goals about you. At the end choose 16 people to be tagged, listing their names and why you choose them. Don't forget to leave them a comment or tag them in your note to read this.
! - Suka makan malam2...kadang2 tu pernah makan pukul 3 pagi....orang kata Zuer nie buang tebiat...tapi nak buat macam mana.... Tu yang perut pun buncit !!!!! kuang3
! - Zuer akan selalu terjaga pukul 4.00 pagi setiap hari...walaupun hari minggu... Dah biasa kot !!!! sebab waktu kejer mcam tu !!!!
! - Suka budak kecik !!!! kadang2 tu kalau Zuer main ngan anak Buah Zuer sampai mak dier marah...Zuer buli anak buah Zuer tu sampai dier melalak !!!
! - Suka bercuti...terutama kat pulau...atau tempat sejuk
! - Kalau tak der benda nak buat...kalau tak de kelas...Zuer Suka sangat TIDUR...Buat tahi mata....!!!!
! - Tak suka kemas bilik!!!! Bonda akan selalu memekak sebab zuer tak kemas bilik...tu yang kalau kuar dari bilik...Zuer akan kunci bilik !!!!
! - Tak kan balik dari office kalau kejer kat office tak siap !!!!
! - Suka bawak keter laju2...kalau padel tu tak kener lantai...tak sah !!!! huhuhu...saman Zuer...tok sah cakap lah...Belambak !!!!
! - Bila bangun pagi jer...akan cari rokok dulu...kalau bangun lambat nak g kejr pun boleh layan rokok dulu !!!! Ok tak ?
! - Suka tengok movie...kalau citer hantu lagi suka !!!!
! - Ingin dapat Phd sebelum umur 35 !!!!
! - Hasrat nak jadi Lecturer kat Universiti awam...(boleh buat Phd free) Universiti bayar lah !!! hehehehehe
! - Suka tengok citer Kyle XY kat TV3...kalau lah Zuer dapat kuasa macam tu !!!
! - Ingin sebuah perkahwinan yang berkekalan...sebab Zuer dah serik melihat ramai sangat yang bercerai berai...Include my family and my self !!!
! - Zuer suka ambik gambar....ambik jer...tapi tak pernah nak hantar g cuci kat kedai.... dok simpan dalam hard disk jer !!!
! - Ingin dapat kawan 2 yang ramai !!! bak kata orang cinta biar satu,......kawan biar....Lu fikir lah sendiri !!!!!
Zuer tak nak lah guna pakai ayat terakhir kat syarat2 tu....
Sesiapa saja yang nampak N3 nie kener buat gak !!! kalau tak buat siap !!!!! Siap nak g mana? Ikut suka ler !!!!

Balik Kg Kejap !!!!

Arahan dari Bonda untuk balik kampung Zuer turutkan. Bukan apa Mak saudara Zuer sakit kat Hospital Melaka...So nak tak nak kener balik lah jugak... Bukan orang laen pun !!!!

Hospital Melaka



Taman di dalam Hospital Melaka

Balik dari Hospital, Zuer ngan Bonda singgah makan kat Kedai roti terbang yang terletak kat Bukit Katil...Tapi Zuer tak makan roti ler...Lapau nasi...so makan nasi lah sama ngan ...ermmmm apa lagi yang popular kat Melaka.... Tak laen tak bukan......ASAM PEDAS !!!





Kalau coba Asam Pedas nie mesti nak coba lagi !!!!!






Torres Penyelamat - Cayalah Liverpool



Liverpool telah menundukkan Portsmouth dengan 3-2. Perlawanan yang dikatakan amat sengit. Torres telah berjaya memberi gol kemenangan kepada liverpool pada tambahan masa kecederaan.

Thursday, February 5, 2009

Award From kak Putu


1. Copy Badge Cute Blogger Award di atas untuk diletakkan di blog anda.

2. Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda.

- Award ini diberikan oleh Kak Putu @ Ibu yang tengah Mengandung !!!!!
3. Penyampai anugerah?


- Melalui comment...."ish..sedapnya roti bakar tu..zuer, masuk blog kak putu..ambik award yek..”


4. Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memberikan anugerah ini kepada pemenang seterusnya.



a) Anak kedua dari 3 adik beradik
b) Terlalu aktif dan kadang2 moody
c) Duduk ngan mak ( anak Mak lah katakan !!! )
d) Masih bujang (3 tempat masih kosong)
e) Penyabar...tapi kadang kala meletop gak !!!
f) Ingin mencapai kehidupan yang bahagia
g) suka belajar benda2 baru
h) tak suka orang hipokrit/menipi/temberang dan sewaktu dengan nya
i) suka ambil gambar
j) suka ramai kawan baru !!!



5. Akan aku berikan anugerah ini kepada :-

Semua kawan-kawan yang tengok N3 nie...Kita kongsi sesama k...
Kalau tak nak tulis semua nie pun tak per...just copy and pastu paste jer kat blog korang jer !!!

Monday, February 2, 2009

Papa Rich !!!

Terima Kasih pada Abg Bear yang menunjukkan jalan ke Papa Rich, Zuer tepon Abg Bear masa Abg Bear kat Kajang ngan Abg Shah..
Zuer ker Papa Rich, Cheras untuk merasa makanan kat sini...selalu tengok blog Abg Bear...nak jugak cuma makan makanan kat sini...

Zuer ke Papa Rich ngan Aheq, Kay, Epul dan Yoyo....

Welcome to Papa Rich

Roti Bakar (mentega + kaya)

Roti Bakar Susu

Mee Kari

Chicken Chop with Rice





















Friday, January 30, 2009

Tenang ketika Gawat

Pelbagai kesan dirasai impak kegawatan ekonomi yang berlaku ketika ini. Di Malaysia, sudah 10,000 pekerja hilang pekerjaan sejak 1 Januari 2009 dan dijangkakan dalam tiga bulan pertama dalam tahun ini lebih ramai yang akan diberhentikan kerja. Dilaporkan di USA , seorang pekerja yang baru diberhentikan kerja telah bertindak nekad membunuh isteri dan 5 orang anaknya sebelum membunuh dirinya sendiri!!! Peristiwa yang tragic ini adalah sebahagian fenomena sosial akibat tekanan hidup yang berat kerana kegawatan ekonomi yang sedang berlaku.


Bagi seorang Muslim, kegawatan yang berlaku adalah satu ujian yang ditakdirkan oleh Allah SWT. Muslim yang percaya kepada qada’ dan qadar akan mengharungi segala ujian dengan tabah dan optimis betapa di sebalik ujian dan dugaan ini pasti menyusul kesenangan dan kemanisan. Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT berfirman; Aku berasa kagum terhadap hamba-hambaKu yang beriman….. apabila mereka diuji dengan kesenangan mereka bersyukur dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka dan apabila mereka diuji dengan kesusahan maka mereka bersabar dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka” (riwayat Muslim).


Antara amalan yang patut kita laksanakan dalam keadaan yang gawat ini adalah seperti berikut:

1. Berjimat cermat dan merancang perbelanjaan sebijaknya. Berbelanja hanya pada perkara yang perlu;


2. Banyak berdoa memohon dimurahkan rezeki. Sebahagian ulama juga mengatakan bahawa solat dhuha antara amalan untuk murah rezeki. Tapi janganlah nawaitu untuk solat dhuha “kerana Ringgit Malaysia ”.


3. Menjaga hubungan silaturrahim kerana menjaga hubungan silaturrahim adalah antara amalan yang menjadi punca murah rezeki. “Barangsiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim” (riwayat al Bukhari dan Muslim);


4. Konsisten dalam bersedekah. Nampak pelikkan, dalam susah pun kena konsisten bersedekah??? Terdapat pelbagai hadith yang sahih yang menjelaskan betapa orang yang banyak bersedekah takkan jatuh miskin dan dilipatgandakan rezekinya. Disebutkan dalam sebuah hadith: “Setiap kali menjelang Subuh, turunlah dua Malaikat ke langit dunia. Salah satu di antara mereka berdoa: “Ya Allah kau gantikan (dengan banyaknya) kepada hambaMu yang banyak memberi (bersedekah)” manakala malaikat yang satu lagi berdoa: “Ya Allah kau hilangkan (dengan banyak) bagi orang yang menahan harta mereka (kedekut)” (riwayat Bukhari dan Muslim). Again, ikhlaskan niat kerana Allah jangan sampai sedekah kita kerana “Ringgit Malaysia ”;


5. Sentiasa bersangka baik kepada Allah samada ketika diuji dengan kesenangan atau kepayahan. Jangan terlintas di hati kita perasaan betapa Allah tidak adil dan tidak kasih kepada kita. Yakinlah, apa pun ujian dari Allah pasti ada hikmah yang tersirat. Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya.

Tuesday, January 27, 2009

Dapat Motosikal Baru !!!!

Sejak dapat motosikal baru nie, mcm2 gelagat Danish yang dapat Zuer saksikan !!! Maner tak nya...Mulut Danish tak henti-henti berbunyi Vrommm....Vrommmm....Macam lah motosikal nie ada enjen...hehehhe


Motosikal nie Mama Danish beli kat Tangkak masa Danish, Ayah dan Mama balik kg ai tu (Masa tahun baru Cina)...kalau balik dari kg ada jer barang mainan yang dibeli...kat Umah Zuer nie banyak sangat barang mainan..kalau Danish dah besau mesti membuang jer...(nak Buat apa buang...simpan lah untuk anak Zuer plak....tak yah nak beli2 lagi laen kali....hehehheheh !!!!!)




Dah besau nak jadi POLIS ker?




Bunga Kertas

Pokok Bunga Kertas atau dalam bahasa saintifik "bougainvillea SPP mempunyai bunga berwarna-warni yang berkembang sepanjang tahun dan oleh itu, telah menjadi pilihan tanaman hiasan tropika yang sangat popular dan di tanam di sekita rumah atau di tepi-tepi jalan.


Semasa pokok bunga kertas berbunga, adalah kebiasaannya bahawa kebanyakan daunnya akan luruh dan meninggalkan bunga-bunga dan dahan-dahan yang menarik.

Pokok bunga kertas mendapat nama disebabkan bunganya yang nipis dan mempunyai ciri-ciri seperti kertas. Nama Inggeris bunga ini, iaitu Bougainvilla, pula dinamakan sempena nama Louis Antoine de Bougainville.

Pokok bunga kertas tergolong dalam famili Nyctaginaceae yang mengandungi 28 genbus dan 250 spesies. Terdapat tiga spesies utama bougainvilla di Malaysia, iaitu B. glabra, B. spectabilis, dan B. Mrs. Butt. Banyak Kacukan telah dilakukan daripada tiga spesies asal ini untuk menghasilkan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai warna kelopak, baik selapis mahupun banyak lapis.

Pokok bunga kertas juga menjadi pilihan kacukan untuk menjadikan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai dahan dengan bunga yang berlainan warna. Pokok bunga kertas menjadi pilihan ramai disebabkan bunga berwarna-warni yang cantik dan tahan lama, mudah dijaga, serta pokoknya yang tahan lama sehingga melebihi 20 tahun (jika dijaga dengan betul). Pokok bunga kertas kini juga menjadi pilihan bagi menghasilkan pokok bonsai renek.







Boikot !!!!!!

Zuer singgah makan di Pelita pada minggu lepas..ternampak gambar tentang Coca-cola dan Pepsi tidak di JUAL di Sini. Mungkin Pelita menyahut seruan beberapa NGO's untuk memboikot barang-barang keluaran Israel dan USA. Ternyata hanya minuman keluaran tempatan atau negara 2 yang tak bersekongkol dengan Israel dan USA sahaja dijual di sini.


Zuer tak nak komen banyak2 sangat tentang boikot nie !!!! Ramai blogger lain telah menjelas kan dengan lebih mendalam tentang hal nie. Saja jer Zuer nak kongsi gambar yang Zuer ambil. Kalau nak cakap pasal boikot nie...tak kesudah....lambat laun ia akan dilupakan dan kedai2 akan menjualnya kembali. Yang pasti ia bergantung kepada hak individu itu sendiri....


Yang pelik nya kenapa MILO ICE dan MILO Panas dijual plak kat sini? Bukan ker itu produk Nestle...satu syarikat sekutu Israel? Pelik gak !!!! Bak kata Nabil..... Lu pikir lah sendiri !!!!!!


PEPSI TIDAK DIJUAL

COCA-COLA TIDAK DIJUAL


Sunday, January 25, 2009

Majlis Pertunangan....

Zuer baru balik dari Bidor, Perak untuk menghadiri pertunangan anak bauh Zuer yang berlangsung semalam dengan jayanya... Maklumlah kan sekarang nie ramai pulak yang bertunang lah, kahwin lah..bersanding lah... hehehe

Ramai gak saudara-mara yang datang... !!!! nasib baik makanan cukup...sebab Zuer dilantik menjaga lauk pauk !!! huhuhu


Majlis penyerahan Cincin







Sebenarnya banyak lagi lauk -pauk yang AJK Masakan masak..cuma Zuer tak letak kat sini jer

Nie AJK Masak memasak... Gambar-gambar nie Zuer ambil sebelum majlis...







Thursday, January 22, 2009

Kek Terima Kasih

Hari nie Zuer dapat Kek dari Azlin ( Current Account Officer, RHB Damansara Utama). Dia belanja sebab Zuer dan Team telah membantu dalam menyelesaikan akaun branch yang tak balance...


So nie lah Hadiah nya... !!!!!

Tali Pinggang Belakang - Wajib Pakai

Kerajaan Malaysia telah merwartakan kewajipan untuk penumpang kereta yang duduk dibelakang untuk memakai tali pinggang. Ini kononnya dapat mengurangkan maut jika kenderaan berlaku kemalangan.

Jesteru itu, Zuer dan rakan rakan seperjuangan menyambut seruaan kerajaan, walaupun pemandunya tak lah pandu laju sangat...ala2 dalam 30 KM/ sejam...!!!!! ( Boleh tak ayat nie Kak Dib !!!! )





Jangan Lupa pakai tali pinggang !!!! Nanti pak polisi saman dong !!!


Monday, January 19, 2009

Cahaya Dalam Kesamaran: apresiasi cinta,

Cahaya Dalam Kesamaran: apresiasi cinta,

Apresiasi Cinta Dari Naz....saper nak baca...KLICK jer pada tajuk di atas...
Naz...Zuer ngah promote kan nie !!!! hehhehehe

Sunday, January 18, 2009

Wawasan 2020 !!! Kemana Arahnya?

Berikut tulisan oleh Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU)...

Isu kebanjiran pekerja asing terus menjadi perhatian. Perdebatan hangat di Parlimen baru-baru ini, khususnya mengenai lambakan buruh asing, memerlukan perhatian yang lebih serius. Berdasarkan data rasmi, kini sekitar 2.1 juta pekerja asing dilaporkan berada di Malaysia. Kalau diambil kira pendatang tanpa izin, jumlah sebenar mungkin jauh lebih besar.

Proses globalisasi yang meningkatkan keterbukaan ekonomi membolehkan aliran keluar-masuk barangan dan perkhidmatan serta modal dengan jumlah yang lebih besar. Nilai dagangan negara merentas RM1 trilion pada tahun 2006. Pada tahun 2007 jumlah pelaburan asing (FDI) mencecah AS$8.4 bilion melebihi tahap tertinggi yang pernah dicatat iaitu AS$7.3 bilion pada tahun 2006. Kita bangga dan gembira dengan kesan globalisasi ini.

Namun, proses globalisasi tidak hanya terhad pada peningkatan aliran dagangan dan modal sahaja. Malah aliran keluar-masuk pekerja asing juga turut sama meningkat. Dalam tempoh 2000-2007, jumlah kemasukan pekerja asing dalam negara meningkat sebanyak 153 peratus daripada 807,000 kepada dua juta orang. Jauh lebih besar daripada peningkatan jumlah dagangan (7.1 peratus) dan FDI (12.1 peratus) dalam tempoh yang sama.

Memang benar, kita perlu lebih terbuka dan melihat ekonomi dunia sebagai peluang yang perlu dimanfaatkan. Namun, keterbukaan ekonomi perlu dilaksanakan secara strategik dan teratur. Globalisasi adalah proses yang perlu dirancang untuk kita manfaatkannya. Sama seperti menanak nasi, ada proses. Beras dan air perlu disukat, tidak kena sukatan dan besar kecil apinya, nasi mungkin menjadi bubur atau pun mentah dan tidak boleh dimakan.

Negara perlu mempunyai strategi yang komprehensif mencakupi aspek-aspek utama keterbukaan ekonomi untuk kita mengharungi dan memanfaatkan proses globalisasi. Pastinya mengundur ke belakang bukan pilihan yang baik. Kita perlu peta perancangan untuk ke hadapan.

Dalam konteks kemasukan pekerja asing, strategi negara tidak jelas. Peningkatan jumlah buruh asing yang begitu mendadak dan kini membanjiri hampir semua sektor ekonomi adalah satu elemen 'krisis modal insan'.

Krisis ekonomi atau politik mudah dilihat dan difahami kesannya. Krisis modal insan lebih diam sifatnya namun kesannya amat besar. Kalau tidak ditangani dengan segera dan bersungguh-sungguh, bukan tahun 2009 atau 2010 yang dirisaukan tetapi hasrat kita untuk merealisasikan Wawasan 2020 mungkin terjejas.

Daya saing ekonomi terkini memerlukan peralihan model pertumbuhan dari pengeluaran (ekonomi-P) ke pengetahuan (ekonomi-K). Pada tahun 1980-an sehingga pertengahan 1990-an, Malaysia menjadi pilihan utama di kalangan pelabur asing yang mencari lokasi untuk aktiviti pengeluaran mereka bersandarkan tawaran menarik negara kita menyediakan kos input yang rendah, tawaran insentif pelaburan yang menarik serta infrastruktur perindustrian yang moden.

Kini cabaran utama kita ialah peralihan dari ekonomi-P ke ekonomi-K. Keupayaan kita merealisasikan Wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara maju amat tertakluk kepada keupayaan kita mengalihkan asas ekonomi ini. Negara-negara yang berada di tahap daya saing yang tinggi amat menyerlah ciri ekonomi-K mereka. Pada era ekonomi-P, kos buruh yang rendah menjadi tawaran. Era ekonomi-K, modal insan yang berpengetahuan, berdaya inovatif dan kreatif menjadi tarikan.

Mampukah kita menyediakan input utama ekonomi-K ini? Dari sudut ekonomi makro, 'kejayaan' negara menarik minat jutaan buruh asing dari serata dunia merupakan satu 'isyarat' pasaran yang asas ekonomi kita masih belum beralih.
Industri dalam negara secara keseluruhan masih bermain dengan cara lama iaitu bersandarkan kos buruh dan pengeluaran yang rendah. Kita mesti menarik pekerja-K bukan buruh asing. Penerima anugerah Nobel Ekonomi 1992, Profesor Gary Becker, yang merupakan 'guru' kepada konsep pekerja-K menyatakan - pekerja-K bekerja lebih dengan minda daripada tangan mereka.

Profesional

Pekerja-K tidak terhad kepada pekerjaan atasan atau profesional sahaja. Untuk Malaysia beralih ke ekonomi-K semua kategori pekerjaan perlu berubah. Dalam ekonomi-K, pekerja binaan, perkhidmatan pengangkutan sampah, perkhidmatan pembersihan bangunan, pekerja ladang, perkhidmatan restoran, semuanya perlu mengaplikasikan teknologi moden.

Nilai pekerja-K adalah berasaskan kualiti pengetahuan, daya inovasi dan kemampuan mengaplikasikan teknologi moden. Bagaimana kita menilai sumbangan buruh asing? Minda atau tulang empat kerat mereka? Di samping berusaha menghasilkan modal insan tempatan yang berkualiti, kita seharusnya memanfaatkan proses globalisasi dengan berusaha menarik minat pekerja-K global untuk datang ke Malaysia. Sebaliknya Malaysia kini adalah pengimport bersih buruh asing. Malah yang lebih merisaukan ialah, semakin besar lambakan buruh asing semakin kurang keinginan pekerja-K global untuk memilih Malaysia.

Lambakan buruh asing mengepung ekonomi kita daripada pekerja-K global. Perekonomian ekonomi-K mempunyai ciri yang unik. Modal insan, input utama ekonomi-K mempunyai sifat endogenous. Ia semakin berkualiti dan bernilai apabila diaplikasikan secara intensif dan apabila ia berada dalam kelompok yang sama dalam skala yang besar.
Pekerja-K umpama semut yang mencari gula. Semakin banyak gulanya semakin banyak semut yang mengerumuninya. Lambakan buruh asing mengurangkan manis gula. Semakin ramai yang masuk semakin kuranglah daya tarikan Malaysia untuk menarik minat pekerja-K global. Aliran masuk pekerja asing adalah sebahagian daripada proses globalisasi. Ia memanfaatkan sekiranya pekerja-K yang masuk ke Malaysia bukan buruh asing.

Dalam kategori profesional, ketiadaan pekerja-K dalam skala yang besar juga menjejaskan nilai dan ganjaran untuk pekerja-K sedia ada. Nilai seorang pakar IT di Myanmar jauh lebih rendah daripada nilainya di Lembah Silikon. Nilai angkasawan pertama negara mungkin jauh lebih tinggi sekiranya beliau berada di Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik (NASA) dan bukannya Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Aliran keluar profesional Malaysia ke negara lain semakin meningkat. Pada tahun 2007 dianggarkan seramai 785,000 pekerja mahir Malaysia berkhidmat di luar negara. Dari satu sudut, ada yang berpandangan bahawa ini hanyalah perihal individu yang ingin mendapatkan gaji yang lebih lumayan. Hakikatnya masalah tirisan minda (brain drain) ini adalah satu lagi petunjuk makro bahawa ekonomi negara tidak mampu meletakkan nilai yang sewajarnya pada seorang pekerja-K profesional.

Memang kita bangga apabila pekerja Malaysia khususnya yang dihasilkan oleh sistem pendidikan negara diiktiraf di peringkat antarabangsa. Persoalannya, mengapa pengiktirafan ini lebih cenderung berlaku apabila golongan profesional ini meninggalkan Malaysia dan berada di luar negara? Aliran keluar pekerja-K profesional yang dihasilkan oleh Malaysia tidak sama seperti kita mengeksport barangan buatan Malaysia. Kita sebenarnya rugi. Kita kehilangan input utama ekonomi-K, modal insan yang berkualiti.

Lazimnya perbincangan mengenai modal insan banyak tertumpu pada faktor penawaran (supply-side) yang melibatkan antara lainnya kualiti sistem pendidikan (sekolah, institusi pengajian tinggi dan latihan). Memang wajar. Namun ini sahaja tidak mencukupi. Lambakan buruh asing dan fenomena brain drain mencerminkan kegagalan faktor permintaan. Kelemahan penawaran dan permintaan pekerja-K perlu ditangani secara serentak bagi mengekang 'krisis modal insan' ini daripada menjadi lebih mudarat.

Jumlah buruh asing tiada hadnya. Berjuta masih ada di rantau Asia Tenggara. Malaysia perlu mengelak daripada menjadi pengimport bersih buruh asing. Peralihan ke ekonomi-K memerlukan aktiviti firma (asing dan tempatan) dalam negara beralih ke peringkat rantaian yang lebih tinggi yang mengaplikasikan pengetahuan secara intensif. Inilah Teras 1 Misi Nasional yang digariskan dalam Rancangan malaysia Kesembilan (RMK-9).
Merangsang

Polisi yang lebih berkesan perlu dibentuk bagi merangsang firma untuk berubah. Insentif dan penalti wajar diperkenalkan. Sebagai contoh, perkhidmatan pengangkut sampah yang menggunakan lori pengangkut berteknologi moden wajar diberi insentif. Sebaliknya perkhidmatan yang menggajikan ramai buruh asing dan menggunakan lori biasa yang mengotorkan perlu dihentikan atau dikenakan penalti.

Kelulusan membawa buruh asing masuk ke dalam negara perlu lebih selektif hanya untuk sektor yang benar-benar memerlukan. Penjadualan pengurangan buruh asing secara berperingkat yang diumumkan tidak akan tercapai sekiranya industri kita tidak berganjak ke rantaian pengeluaran yang lebih tinggi.


Wawasan 2020 untuk Malaysia menjadi negara maju tergugat sekiranya Teras 1 Misi Nasional tidak dicapai. Ia semakin parah sekiranya Teras 2 Misi Nasional yang menekankan kewujudan modal insan yang berkualiti, berdaya inovatif dan kreatif serta beretika juga tergendala. Kedua-dua teras Misi Nasional ini mesti di tangani serentak. Ia saling bergantung.

Untuk menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi (Wawasan 2020) polisi pendapatan rendah/pertengahan yang cenderung kepada menjadi 'murah' perlu berubah ke polisi pendapatan tinggi yang mengutamakan 'nilai'. Kemasukan buruh asing dan kesan keseluruhannya perlu dikaji dengan lebih teliti. Kebanjiran buruh asing berkemungkinan menjadikan kos buruh murah. Namun jangan sampai ia membuai kita di siang hari terlena sehingga ufuk Januari 1, 2020 menjelma.

- Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali ialah Pengarah Malaysian Development Insitute (MDI) Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Sayangi Binatang.....

Zoom Malaysia 2009 kali ini, Zuer bersama kawan telah melawat binatang2 di Zoo Negara. Seingat Zuer, nie kali kedua Zuer menjejak kaki di taman haiwan nie, 1st time dulo masa Zuer ikut Rombongan Cikgu-cikgi masa standard 4. Zoo Negara masih tidak berubah...sama jer...

Klik Pada Gambar...!!! untuk melihat gambar lebih jelas !!!


Selamat datang ke ZOO NEGARA...


Semua binatang ada kat sini...Zuer cari katak...tapi tak jumper pun...!!!!

Gambar kat tengah2 tu, RUSA BABI namanya...HARAM tau pegang binatang nie


Nie lagi binatang yang kita HARAM untuk pegang... BABI HUTAN


Nie namanya...SELADANG..Besar kedabak.....!!!!!






Cuber uols tengok KAMBING nie...duk mengawat plak...!!! tapi yg peliknya...kedua2 kambing nie JANTAN...!!! ermmm SERAM NYA....


ULAR.....


Sempat gak Zuer bergambar dengan singa!!!! Nasib baik dorang tak NGAP Zuer....!!!!



Keindahan TASIK !!!!

Bird Aviary.....



Tegok lidah Zirafah nie...Panjang sih !!!!!



Tak dapat naik gajah betul....naik gajah tipu pun jadi lah !!!!




Secara keseluruhan ZOO NEGARA mengamit keindahan alam flora dan fauna...Sesuai untuk seisi keluarga untuk melawatnya...Bawak lah anak, suami, isteri, mak, abah, datauk, nenek, sepupu, anak buah ANDA kemari..bersama kita memelihara khazanah yang diberikan oleh ALLAH.


"ZOOM MALAYSIA....- ZOOM ZOO NEGARA !!!!!!!>