Sunday, August 24, 2008

Lawak Hari Ini

Subject: Taxi Driver

Kejadian ini terjadi pada malam Jumaat yang lalu. Namanya, Fasha. Kerana terlalu sibuk dan banyak kerja yang harus dibuat dan disiapkan dalam minggu ini maka, Fasha harus bekerja sampai larut malam di ofis.Ketika ingin pulang dia menahan teksi untuk menghantarnya pulang.

Fasha: “Kampung Sungai Ramal Dalam ya Pak cik”

Pak cik kereta sewa itu hanya menggangguk, didalam perjalanan ke Kampung Sungai Ramal Dalam tidak terjadi percakapan antara Fasha dan Pak cik kereta sewa, mungkin Fasha merasa kepenatan kerna bekerja sampai larut malam. 20 minit lamanya keheningan terjadi, tiba-tiba Fasha teringat bahawa duit yang dibawanya tidak cukup untuk membayar tambang kereta sewa. Fasha lalu menepuk bahu belakang Pak cik kereta sewa dengan maksud untuk memberitahu supaya berhenti di kedai minyak di depan untuk mengambil duit di ATM.

Tapi tiba2 setelah bahu belakangnya ditepuk oleh Fasha, Pak cik kereta sewa itu secara membabi buta memusing stering kereta sewanya ke kanan kemudian ke kiri sambil berteriak bagai kan orang kena histeria,sampai akhirnya kereta sewa itu merempuh tembok penghadang jalan.

Nasib baik Fasha dan Pak cik kereta sewa tidak mengalami luka parah. Pak cik kereta sewa itu kemudian meminta maaf kepada Fasha.

Pakcik: “Maaf ya cik, cik tak apa-apa ya? Kenapa di tepuk bahu saya cik, terkejut setengah mati saya cik!!”

Fasha: “Laaa, takkan ditepuk bahunya aja sudah terkejut!!”

Pakcik: “Sebab hari ini hari pertama saya jadi drebar kereta sewa, cik”

Fasha: “Habis tu sebelum ni apa pekerjaan pakcik?”

Pakcik: “Selama 20 tahun saya jadi Drebar Kereta Mayat…”

Fasha: “patutla…

3 comments:

  1. ni mesti lawak majalah Mastika kan?? mcm pernah ku baca lawak ini...*mati2 ingat Fasha nak kena r*g*l tadi....

    ReplyDelete
  2. hhahah...
    aku pun ingat mcm tu..
    kalau fasha kener rogolll.harus beli novel atau majalah tu...!!!

    ReplyDelete

Korang tulis apa2 comment pun...tapi jangan mare ye kalau tetiba jer komen tu tak dipublish kan...Mungkin ada unsur2 fitnah, kutukan dan sewaktu dengannya..Di sini bukan tempatnya...Disini tempat nak bertukar2 pengalaman dan merapatkan hubungan kawan2. Harap maklum...Selamat berblogger...!!!!