Friday, February 20, 2009
Wednesday, February 18, 2009
Tangkuban Parahu, Bandung, Jawa Barat
Preparation for Hi-tea Performance....
Kumpulan Zuer pun tidak ketinggalan untuk menjayakan dan menyembahkan Nyanyian untuk petang tu....manalah tau...boleh menang...dapat Hadiah...!!!! hehehhehe
Nantikan N3 Zuer tentang Hi-tea tu yek !!!!
| Reactions: |
Sunday, February 15, 2009
Upin & Ipin
Gelagat Upin & Ipin (Geng) telah mencuit hati penonton dengan gelak ketawa...dari mula sampai ke akhir...Sakit perut Zuer gelak tengok adik beradik nie. Betul Zuer cakap...Anda tak rugi...menonton cerita ini....
Zuer dapat rasa....Target dorang untuk mendapat RM 10 Juta...mungkin tercapai...Percaya lah...
So jangan lupa saksikan Upin dan Ipin !!!!...Bawak isteri, anak, mak, bapak, mak sik, pak cik, nenek, dato...anak buah anda menonton...pasti tak menyesal...!!!!

.jpg)
| Reactions: |
Friday, February 13, 2009
Bandung Trip
Nie lah Kapal Terbang yang Zuer naik untuk ke Bandung !!!!
Antara kenderaan awam yang popular di Bandung... Angkutan Kota..Ia amat popular di Kota Bandung. kalau naik teksi tu...cuma orang kaya saja...Zuer kurang lihat Bas kat sini...kalau ada pun satu dua ajer...
| Reactions: |
Thursday, February 12, 2009
Alfatihah (Mobile N3)
Semoga Arwah dicucuri Rahmat....Amin....
| Reactions: |
Monday, February 9, 2009
Sunday, February 8, 2009
Tag Dari Tun Teja
| Reactions: |
Balik Kg Kejap !!!!
| Reactions: |
Thursday, February 5, 2009
Award From kak Putu

- Melalui comment...."ish..sedapnya roti bakar tu..zuer, masuk blog kak putu..ambik award yek..”
4. Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memberikan anugerah ini kepada pemenang seterusnya.
a) Anak kedua dari 3 adik beradik
b) Terlalu aktif dan kadang2 moody
c) Duduk ngan mak ( anak Mak lah katakan !!! )
d) Masih bujang (3 tempat masih kosong)
e) Penyabar...tapi kadang kala meletop gak !!!
f) Ingin mencapai kehidupan yang bahagia
g) suka belajar benda2 baru
h) tak suka orang hipokrit/menipi/temberang dan sewaktu dengan nya
i) suka ambil gambar
j) suka ramai kawan baru !!!
5. Akan aku berikan anugerah ini kepada :-
| Reactions: |
Monday, February 2, 2009
Papa Rich !!!
Zuer ke Papa Rich ngan Aheq, Kay, Epul dan Yoyo....
| Reactions: |
Friday, January 30, 2009
Tenang ketika Gawat
Bagi seorang Muslim, kegawatan yang berlaku adalah satu ujian yang ditakdirkan oleh Allah SWT. Muslim yang percaya kepada qada’ dan qadar akan mengharungi segala ujian dengan tabah dan optimis betapa di sebalik ujian dan dugaan ini pasti menyusul kesenangan dan kemanisan. Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT berfirman; Aku berasa kagum terhadap hamba-hambaKu yang beriman….. apabila mereka diuji dengan kesenangan mereka bersyukur dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka dan apabila mereka diuji dengan kesusahan maka mereka bersabar dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka” (riwayat Muslim).
Antara amalan yang patut kita laksanakan dalam keadaan yang gawat ini adalah seperti berikut:
1. Berjimat cermat dan merancang perbelanjaan sebijaknya. Berbelanja hanya pada perkara yang perlu;
2. Banyak berdoa memohon dimurahkan rezeki. Sebahagian ulama juga mengatakan bahawa solat dhuha antara amalan untuk murah rezeki. Tapi janganlah nawaitu untuk solat dhuha “kerana Ringgit Malaysia ”.
3. Menjaga hubungan silaturrahim kerana menjaga hubungan silaturrahim adalah antara amalan yang menjadi punca murah rezeki. “Barangsiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim” (riwayat al Bukhari dan Muslim);
4. Konsisten dalam bersedekah. Nampak pelikkan, dalam susah pun kena konsisten bersedekah??? Terdapat pelbagai hadith yang sahih yang menjelaskan betapa orang yang banyak bersedekah takkan jatuh miskin dan dilipatgandakan rezekinya. Disebutkan dalam sebuah hadith: “Setiap kali menjelang Subuh, turunlah dua Malaikat ke langit dunia. Salah satu di antara mereka berdoa: “Ya Allah kau gantikan (dengan banyaknya) kepada hambaMu yang banyak memberi (bersedekah)” manakala malaikat yang satu lagi berdoa: “Ya Allah kau hilangkan (dengan banyak) bagi orang yang menahan harta mereka (kedekut)” (riwayat Bukhari dan Muslim). Again, ikhlaskan niat kerana Allah jangan sampai sedekah kita kerana “Ringgit Malaysia ”;
5. Sentiasa bersangka baik kepada Allah samada ketika diuji dengan kesenangan atau kepayahan. Jangan terlintas di hati kita perasaan betapa Allah tidak adil dan tidak kasih kepada kita. Yakinlah, apa pun ujian dari Allah pasti ada hikmah yang tersirat. Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya.
| Reactions: |
Tuesday, January 27, 2009
Dapat Motosikal Baru !!!!
Motosikal nie Mama Danish beli kat Tangkak masa Danish, Ayah dan Mama balik kg ai tu (Masa tahun baru Cina)...kalau balik dari kg ada jer barang mainan yang dibeli...kat Umah Zuer nie banyak sangat barang mainan..kalau Danish dah besau mesti membuang jer...(nak Buat apa buang...simpan lah untuk anak Zuer plak....tak yah nak beli2 lagi laen kali....hehehheheh !!!!!)
| Reactions: |
Bunga Kertas
Semasa pokok bunga kertas berbunga, adalah kebiasaannya bahawa kebanyakan daunnya akan luruh dan meninggalkan bunga-bunga dan dahan-dahan yang menarik.
Pokok bunga kertas mendapat nama disebabkan bunganya yang nipis dan mempunyai ciri-ciri seperti kertas. Nama Inggeris bunga ini, iaitu Bougainvilla, pula dinamakan sempena nama Louis Antoine de Bougainville.
Pokok bunga kertas tergolong dalam famili Nyctaginaceae yang mengandungi 28 genbus dan 250 spesies. Terdapat tiga spesies utama bougainvilla di Malaysia, iaitu B. glabra, B. spectabilis, dan B. Mrs. Butt. Banyak Kacukan telah dilakukan daripada tiga spesies asal ini untuk menghasilkan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai warna kelopak, baik selapis mahupun banyak lapis.
Pokok bunga kertas juga menjadi pilihan kacukan untuk menjadikan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai dahan dengan bunga yang berlainan warna. Pokok bunga kertas menjadi pilihan ramai disebabkan bunga berwarna-warni yang cantik dan tahan lama, mudah dijaga, serta pokoknya yang tahan lama sehingga melebihi 20 tahun (jika dijaga dengan betul). Pokok bunga kertas kini juga menjadi pilihan bagi menghasilkan pokok bonsai renek.
| Reactions: |
Boikot !!!!!!
Zuer tak nak komen banyak2 sangat tentang boikot nie !!!! Ramai blogger lain telah menjelas kan dengan lebih mendalam tentang hal nie. Saja jer Zuer nak kongsi gambar yang Zuer ambil. Kalau nak cakap pasal boikot nie...tak kesudah....lambat laun ia akan dilupakan dan kedai2 akan menjualnya kembali. Yang pasti ia bergantung kepada hak individu itu sendiri....
Yang pelik nya kenapa MILO ICE dan MILO Panas dijual plak kat sini? Bukan ker itu produk Nestle...satu syarikat sekutu Israel? Pelik gak !!!! Bak kata Nabil..... Lu pikir lah sendiri !!!!!!
| Reactions: |
Sunday, January 25, 2009
Majlis Pertunangan....
Ramai gak saudara-mara yang datang... !!!! nasib baik makanan cukup...sebab Zuer dilantik menjaga lauk pauk !!! huhuhu
| Reactions: |
Thursday, January 22, 2009
Kek Terima Kasih
| Reactions: |
Tali Pinggang Belakang - Wajib Pakai
| Reactions: |
Monday, January 19, 2009
Cahaya Dalam Kesamaran: apresiasi cinta,
Apresiasi Cinta Dari Naz....saper nak baca...KLICK jer pada tajuk di atas...
Naz...Zuer ngah promote kan nie !!!! hehhehehe
| Reactions: |
Sunday, January 18, 2009
Wawasan 2020 !!! Kemana Arahnya?
Proses globalisasi yang meningkatkan keterbukaan ekonomi membolehkan aliran keluar-masuk barangan dan perkhidmatan serta modal dengan jumlah yang lebih besar. Nilai dagangan negara merentas RM1 trilion pada tahun 2006. Pada tahun 2007 jumlah pelaburan asing (FDI) mencecah AS$8.4 bilion melebihi tahap tertinggi yang pernah dicatat iaitu AS$7.3 bilion pada tahun 2006. Kita bangga dan gembira dengan kesan globalisasi ini.
Namun, proses globalisasi tidak hanya terhad pada peningkatan aliran dagangan dan modal sahaja. Malah aliran keluar-masuk pekerja asing juga turut sama meningkat. Dalam tempoh 2000-2007, jumlah kemasukan pekerja asing dalam negara meningkat sebanyak 153 peratus daripada 807,000 kepada dua juta orang. Jauh lebih besar daripada peningkatan jumlah dagangan (7.1 peratus) dan FDI (12.1 peratus) dalam tempoh yang sama.
Memang benar, kita perlu lebih terbuka dan melihat ekonomi dunia sebagai peluang yang perlu dimanfaatkan. Namun, keterbukaan ekonomi perlu dilaksanakan secara strategik dan teratur. Globalisasi adalah proses yang perlu dirancang untuk kita manfaatkannya. Sama seperti menanak nasi, ada proses. Beras dan air perlu disukat, tidak kena sukatan dan besar kecil apinya, nasi mungkin menjadi bubur atau pun mentah dan tidak boleh dimakan.
Negara perlu mempunyai strategi yang komprehensif mencakupi aspek-aspek utama keterbukaan ekonomi untuk kita mengharungi dan memanfaatkan proses globalisasi. Pastinya mengundur ke belakang bukan pilihan yang baik. Kita perlu peta perancangan untuk ke hadapan.
Dalam konteks kemasukan pekerja asing, strategi negara tidak jelas. Peningkatan jumlah buruh asing yang begitu mendadak dan kini membanjiri hampir semua sektor ekonomi adalah satu elemen 'krisis modal insan'.
Krisis ekonomi atau politik mudah dilihat dan difahami kesannya. Krisis modal insan lebih diam sifatnya namun kesannya amat besar. Kalau tidak ditangani dengan segera dan bersungguh-sungguh, bukan tahun 2009 atau 2010 yang dirisaukan tetapi hasrat kita untuk merealisasikan Wawasan 2020 mungkin terjejas.
Daya saing ekonomi terkini memerlukan peralihan model pertumbuhan dari pengeluaran (ekonomi-P) ke pengetahuan (ekonomi-K). Pada tahun 1980-an sehingga pertengahan 1990-an, Malaysia menjadi pilihan utama di kalangan pelabur asing yang mencari lokasi untuk aktiviti pengeluaran mereka bersandarkan tawaran menarik negara kita menyediakan kos input yang rendah, tawaran insentif pelaburan yang menarik serta infrastruktur perindustrian yang moden.
Kini cabaran utama kita ialah peralihan dari ekonomi-P ke ekonomi-K. Keupayaan kita merealisasikan Wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara maju amat tertakluk kepada keupayaan kita mengalihkan asas ekonomi ini. Negara-negara yang berada di tahap daya saing yang tinggi amat menyerlah ciri ekonomi-K mereka. Pada era ekonomi-P, kos buruh yang rendah menjadi tawaran. Era ekonomi-K, modal insan yang berpengetahuan, berdaya inovatif dan kreatif menjadi tarikan.
Mampukah kita menyediakan input utama ekonomi-K ini? Dari sudut ekonomi makro, 'kejayaan' negara menarik minat jutaan buruh asing dari serata dunia merupakan satu 'isyarat' pasaran yang asas ekonomi kita masih belum beralih.
Industri dalam negara secara keseluruhan masih bermain dengan cara lama iaitu bersandarkan kos buruh dan pengeluaran yang rendah. Kita mesti menarik pekerja-K bukan buruh asing. Penerima anugerah Nobel Ekonomi 1992, Profesor Gary Becker, yang merupakan 'guru' kepada konsep pekerja-K menyatakan - pekerja-K bekerja lebih dengan minda daripada tangan mereka.
Profesional
Pekerja-K tidak terhad kepada pekerjaan atasan atau profesional sahaja. Untuk Malaysia beralih ke ekonomi-K semua kategori pekerjaan perlu berubah. Dalam ekonomi-K, pekerja binaan, perkhidmatan pengangkutan sampah, perkhidmatan pembersihan bangunan, pekerja ladang, perkhidmatan restoran, semuanya perlu mengaplikasikan teknologi moden.
Nilai pekerja-K adalah berasaskan kualiti pengetahuan, daya inovasi dan kemampuan mengaplikasikan teknologi moden. Bagaimana kita menilai sumbangan buruh asing? Minda atau tulang empat kerat mereka? Di samping berusaha menghasilkan modal insan tempatan yang berkualiti, kita seharusnya memanfaatkan proses globalisasi dengan berusaha menarik minat pekerja-K global untuk datang ke Malaysia. Sebaliknya Malaysia kini adalah pengimport bersih buruh asing. Malah yang lebih merisaukan ialah, semakin besar lambakan buruh asing semakin kurang keinginan pekerja-K global untuk memilih Malaysia.
Lambakan buruh asing mengepung ekonomi kita daripada pekerja-K global. Perekonomian ekonomi-K mempunyai ciri yang unik. Modal insan, input utama ekonomi-K mempunyai sifat endogenous. Ia semakin berkualiti dan bernilai apabila diaplikasikan secara intensif dan apabila ia berada dalam kelompok yang sama dalam skala yang besar.
Pekerja-K umpama semut yang mencari gula. Semakin banyak gulanya semakin banyak semut yang mengerumuninya. Lambakan buruh asing mengurangkan manis gula. Semakin ramai yang masuk semakin kuranglah daya tarikan Malaysia untuk menarik minat pekerja-K global. Aliran masuk pekerja asing adalah sebahagian daripada proses globalisasi. Ia memanfaatkan sekiranya pekerja-K yang masuk ke Malaysia bukan buruh asing.
Dalam kategori profesional, ketiadaan pekerja-K dalam skala yang besar juga menjejaskan nilai dan ganjaran untuk pekerja-K sedia ada. Nilai seorang pakar IT di Myanmar jauh lebih rendah daripada nilainya di Lembah Silikon. Nilai angkasawan pertama negara mungkin jauh lebih tinggi sekiranya beliau berada di Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik (NASA) dan bukannya Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Aliran keluar profesional Malaysia ke negara lain semakin meningkat. Pada tahun 2007 dianggarkan seramai 785,000 pekerja mahir Malaysia berkhidmat di luar negara. Dari satu sudut, ada yang berpandangan bahawa ini hanyalah perihal individu yang ingin mendapatkan gaji yang lebih lumayan. Hakikatnya masalah tirisan minda (brain drain) ini adalah satu lagi petunjuk makro bahawa ekonomi negara tidak mampu meletakkan nilai yang sewajarnya pada seorang pekerja-K profesional.
Memang kita bangga apabila pekerja Malaysia khususnya yang dihasilkan oleh sistem pendidikan negara diiktiraf di peringkat antarabangsa. Persoalannya, mengapa pengiktirafan ini lebih cenderung berlaku apabila golongan profesional ini meninggalkan Malaysia dan berada di luar negara? Aliran keluar pekerja-K profesional yang dihasilkan oleh Malaysia tidak sama seperti kita mengeksport barangan buatan Malaysia. Kita sebenarnya rugi. Kita kehilangan input utama ekonomi-K, modal insan yang berkualiti.
Lazimnya perbincangan mengenai modal insan banyak tertumpu pada faktor penawaran (supply-side) yang melibatkan antara lainnya kualiti sistem pendidikan (sekolah, institusi pengajian tinggi dan latihan). Memang wajar. Namun ini sahaja tidak mencukupi. Lambakan buruh asing dan fenomena brain drain mencerminkan kegagalan faktor permintaan. Kelemahan penawaran dan permintaan pekerja-K perlu ditangani secara serentak bagi mengekang 'krisis modal insan' ini daripada menjadi lebih mudarat.
Jumlah buruh asing tiada hadnya. Berjuta masih ada di rantau Asia Tenggara. Malaysia perlu mengelak daripada menjadi pengimport bersih buruh asing. Peralihan ke ekonomi-K memerlukan aktiviti firma (asing dan tempatan) dalam negara beralih ke peringkat rantaian yang lebih tinggi yang mengaplikasikan pengetahuan secara intensif. Inilah Teras 1 Misi Nasional yang digariskan dalam Rancangan malaysia Kesembilan (RMK-9).
Merangsang
Polisi yang lebih berkesan perlu dibentuk bagi merangsang firma untuk berubah. Insentif dan penalti wajar diperkenalkan. Sebagai contoh, perkhidmatan pengangkut sampah yang menggunakan lori pengangkut berteknologi moden wajar diberi insentif. Sebaliknya perkhidmatan yang menggajikan ramai buruh asing dan menggunakan lori biasa yang mengotorkan perlu dihentikan atau dikenakan penalti.
Kelulusan membawa buruh asing masuk ke dalam negara perlu lebih selektif hanya untuk sektor yang benar-benar memerlukan. Penjadualan pengurangan buruh asing secara berperingkat yang diumumkan tidak akan tercapai sekiranya industri kita tidak berganjak ke rantaian pengeluaran yang lebih tinggi.
Untuk menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi (Wawasan 2020) polisi pendapatan rendah/pertengahan yang cenderung kepada menjadi 'murah' perlu berubah ke polisi pendapatan tinggi yang mengutamakan 'nilai'. Kemasukan buruh asing dan kesan keseluruhannya perlu dikaji dengan lebih teliti. Kebanjiran buruh asing berkemungkinan menjadikan kos buruh murah. Namun jangan sampai ia membuai kita di siang hari terlena sehingga ufuk Januari 1, 2020 menjelma.
- Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali ialah Pengarah Malaysian Development Insitute (MDI) Unit Perancang Ekonomi (EPU).
| Reactions: |
Sayangi Binatang.....

Selamat datang ke ZOO NEGARA...
Semua binatang ada kat sini...Zuer cari katak...tapi tak jumper pun...!!!!
Gambar kat tengah2 tu, RUSA BABI namanya...HARAM tau pegang binatang nie
Nie lagi binatang yang kita HARAM untuk pegang... BABI HUTAN
Nie namanya...SELADANG..Besar kedabak.....!!!!!

Cuber uols tengok KAMBING nie...duk mengawat plak...!!! tapi yg peliknya...kedua2 kambing nie JANTAN...!!! ermmm SERAM NYA....
ULAR.....
Sempat gak Zuer bergambar dengan singa!!!! Nasib baik dorang tak NGAP Zuer....!!!!
Keindahan TASIK !!!!
Bird Aviary.....

Tegok lidah Zirafah nie...Panjang sih !!!!!Secara keseluruhan ZOO NEGARA mengamit keindahan alam flora dan fauna...Sesuai untuk seisi keluarga untuk melawatnya...Bawak lah anak, suami, isteri, mak, abah, datauk, nenek, sepupu, anak buah ANDA kemari..bersama kita memelihara khazanah yang diberikan oleh ALLAH.
| Reactions: |
Monday, January 12, 2009
Happy Birthday Yaz....
When bloom smiles charmingly
Says happy birthday to you
Fragrant blossom of spring
When the stars twinkle twinkle
Says happy birthday to you
The dazzling pearl
When the sky wears a rainbow
Says happy birthday to you
The queen of colours
When the cuckoo sings melodious
Says happy birthday to you
The sweetest of rhythms
When the heart pray of peace
Says happy birthday to you
The princess of hearts
When the soul slumber soundless
Says happy birthday to you
The dream of the dawn
| Reactions: |
Sunday, January 11, 2009
Tiket ke Singapura Habis !!!
So Bonda pun beli untuk tiket balik jer...terpaksa lah Zuer ker Stesen Keretapi Kuala Lumpur untuk cari tiket bas plak...
| Reactions: |
Saturday, January 10, 2009
Gelagat Baby ku !!!!
Gelagat Danish kadang2 buat Zuer rindu bila 2-3 hari tak jumpa ngan dia. Yer lah...Zuer balik dah malam..and Danish dah tidur...Tu yang kalau dapat jumpa....dia peluk tak nak bagi lepas...Beberapa gambar telah Zuer ambil beberapa hari lepas...Danish nie pantang nampak kamera. Nanti dia akan posing mcm2 gaya...
Nie tengah tengok rancangan kesukaan dia lah nie. (Siap menari lagi)....Apa lagi kalau bukan racangan2 Pak Nil !!!!
Kesukaan Danish...dia akan membongkar apa saja yang dia nampak !!! kadang2 tu rumah Zuer macam kapal pecah dibuatnya...kalau dapat bukak peti ais...siap !!! semua barang dia keluarkan......| Reactions: |


P/s :- Berbelanjalah dengan Jimat !!!!
| Reactions: |
Friday, January 9, 2009
Kari Kepala Ikan...
Bukan nak berkira sangat lah... tapi Kos makan tengahari nie telah mencecah RM 80.00. Kira ok kan? Kalau nak dibahagikan dengan 5 orang makan, baru jatuh sorang belas- belas jer...
| Reactions: |
Tuesday, January 6, 2009
Berkorban Untuk Bank?
Bawah nie antara gambar2 yang sempat Zuer ambik....Semua staff kener tunggu...sementara pakar IT buang Virus tu!!!! Ada yang main game...ada yang tidur...ada yang main HP...dengar lagu...ada yang baca blog....dan mcm2 lagi lah gelagat yang mereka buat !!!



| Reactions: |
Sunday, January 4, 2009
Sungai Liam @ The Woods Resort, Ulu Yam..Selangor
Sungai kt sini Sejuk giler...!!!! best !!!!| Reactions: |
Bukit Fraser, Pahang Darul Makmur
Bukit Fraser yang ketinggian lebih 1300 meter dari paras laut nie...memberi satu percutian yang amat menarik...lebih 2 lagi kalau orang yang baru kawin...Kebanyakkan Bangunan di sini ala-ala Inggeris...Mana tak nyer...kita kan dulu dijajah oleh Inggeris....(Baca balik Sejarah Malaysia)| Reactions: |
:::: NovemberLapanBelas ::::
About Me
- Zuer
- Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia
- Aku tetap aku... dihati ku lakarkan sebuah impian..yang aku namakan harapan....apabila kutentukan arah serta tujuan..relaku hadapi cabaran..


















