Wednesday, August 13, 2008

Akukah Tanggang

Tertarik melihat drama bersiri di TV3, Aku Kah Tanggang yang disiarkan pada waktu petang. Zuer sempat mengikuti cerita ini. Sedih jugak cerita ini yang mengisahkan seorang anak yang derhaka kepada kedua ibubapanya dan tidak mengaku kehadiran ibunya dan menafikan keibuannya. Ala-ala macam citer Si Tanggang di Malaysia dan cerita malim Kundang di Indonesia. Tapi nie moden sikit.


Drama ini dilakonkan oleh Fauziah Nawi dan pelakon dari Singapura, Adi Putra. Penghayatan lakonan Fauziah Nawi menjadi seorang ibu yang senantiasa menunggu kepulangan anaknya. Sedih gak Zuer melihat seorang anak yang tidak mengaku ibunya masih hidup dan telah mengaku yang kedua ibubapanya sudah kembali ke Rahmatuallah..


Semoga cerita ini memberi pengajaran yang berguna kepada penonton. Hormat lah Ibu kita ketika hidupnya. Berilah Ibu penghormatan yang paling tinggi kerana Ibulah yang melahirkan dan membesarkan kita. Jika Ibu sudah tiada sentiasa lah sedekahkan Al-Fatihah dan sellaulah membaca surah Yassin kepadanya, semoga rohnya dirahmati Allah. Amin.


Zuer suka lagu tema drama nie. yang dinyanyikan oleh Adi Putra gak yang bertajuk "Kelahiran". Tak sangka beliau boleh menyanyi.

No comments:

Post a Comment

Korang tulis apa2 comment pun...tapi jangan mare ye kalau tetiba jer komen tu tak dipublish kan...Mungkin ada unsur2 fitnah, kutukan dan sewaktu dengannya..Di sini bukan tempatnya...Disini tempat nak bertukar2 pengalaman dan merapatkan hubungan kawan2. Harap maklum...Selamat berblogger...!!!!