Wednesday, November 26, 2008

Aceh dah jalankan sistem ini, Malaysia?

Apa pandangan anda tentang apa yang berlaku di Aceh nie? Zuer mintak pendapat semua blogger...Just to share...tak berniat nak mengutuk Kerajaan k. Sentiasa akan mengingatkan syiar Islam sesama Muslim...itu saja....
Secara rasionalnya, jika kita lihat pada gambar di bawah, ianya memang akan memberikan kesan yang mendalam kepada si pelaku dan masyarakat yang menyaksikan pelaksanaan hukuman tersebut. Apa tidaknya. Di sebat di khalayak ramai. Walaupun bilangannya sedikit, namun ianya lebih sakit dan mendalam dari denda RM 2000 atau penjara 2 bulan....




"JAKARTA 24 Jun - Undang-undang Indonesia hari ini mencatat sejarah apabila hukuman sebat dilaksanakan ke atas 15 orang yang melakukan kesalahan berjudi berdasarkan syariat Islam yang mula dikuatkuasakan di Aceh.

Hukuman bersejarah itu dilaksanakan selepas solat Jumaat di halaman terbuka Masjid Agung Bireun, kira-kira 350 kilometer dari Banda Aceh disaksikan kira-kira 2,000 penduduk setempat dan mendapat liputan meluas media massa.Atas alasan kesihatan, baki 11 lagi tertuduh akan menjalani hukuman di halaman masjid di daerah masing-masing pada waktu yang belum ditetapkan lagi.

Kesemua mereka yang kebanyakannya petani dan peniaga kecil ditangkap semasa sedang berjudi dalam tempoh beberapa bulan ini, sejak undang-undang syariat dikuatkuasakan. Mahkamah Syariah Bireun mendapati mereka bersalah dan menjatuhkan hukuman sebat di antara enam dan sepuluh kali berdasarkan Peraturan Daerah No. 13 Tahun 2003 Tentang Perjudian.

Sebelum disebat, identiti dan kesalahan tertuduh dibacakan untuk memberi ingatan kepada orang ramai yang berpusu-pusu di halaman masjid supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama. Selepas menjalani hukuman sebat itu, mereka dibebaskan dan menerima bungkusan hadiah serta dipeluk oleh para pegawai agama dan daerah yang menghadiri majlis tersebut. Mengikut peraturan hukuman sebat, rotan yang digunakan berdiameter di antara 0.75 hingga 1 sentimeter dan panjang 1 meter dengan sebatan tidak sehingga menimbulkan luka. Hukuman rotan bagi kesalahan berjudi dan berkhalwat ini mendapat kecaman beberapa organisasi hak asasi manusia yang menyifatkannya tidak berperikemanusiaan dan merendahkan darjat manusia. Pelbagai pihak juga mendesak agar hukuman sebat turut dikenakan terhadap kesalahan lain khususnya yang menimbulkan kerugian kepada negara seperti rasuah dan menyelewengkan wang kerajaan.Kerajaan Pusat Indonesia memberi kebenaran kepada wilayah Aceh menjalankan undang-undang Syariah Islam pada tahun 2001. - Utusan "

14 comments:

  1. memang ini sepatutnya dilakukan kat sini. biar kasi pengajaran sikit. kalau setakat duit denda penjara tuh tak heran la....hukum di dunia biar kasi orang nampak...

    ReplyDelete
  2. Salam Zuer,
    Akak setuju jer jika hukuman ini dilaksanakan...tengok kat entry ni pun,dah naik seriau darah!!phew!!

    ReplyDelete
  3. Abg syamm...betul2...tapi bila kita nak mula kan? Bila dah turun bala !! baru nak buat...agaknyer masa tu dah terlambat

    ReplyDelete
  4. Kak rerama...gerun kan...Zuer tengok pun takut.!!!

    ReplyDelete
  5. bala dah banyak turun zuer...kita je yang tak sedar...so renung-renungkan dan selamat beramal...ngeh3....takde kelas ke hari nih?

    ReplyDelete
  6. salam kenal..setiap yg Islam sarankan pasti mengandung seribu hikmah..

    ReplyDelete
  7. Bg kja, hukuman yg Tuhan tetapkan dah cukup sesuai, cukup sempurna.. Dia yg maha mengetahui segalanya.. Tak perlu nak persoalkan lagi berperikemanusiaan ke tidak.. Sami'na waato'na.. Dengar dan patuh.. InsyaAllah dunia akan jd lbh aman nnt..

    ReplyDelete
  8. aku stuju gak...!
    tapi nanti bar council musti sibuk2 nak bantah...
    tgk je arr...

    ReplyDelete
  9. Abg Syam...setuju sangat...!!! nie mesti selalu dengar hot fm kan? renung-renungkan selamat beramal...

    ReplyDelete
  10. salam Arsaili...itu sudah semestinya...setiap apa yang disuruh pasti ada hikmahnya. kannnn!!!!

    ReplyDelete
  11. Mama Ja..sejuk zuer dengar mama ja...berkhutubah...

    ReplyDelete
  12. ermmm Cikgu Bani Hashim...tang Ber council nie pun satu gak...sebab...pengerusi dier .....
    sendiri pikir lah !!!

    ReplyDelete
  13. yer betul Aliya...semoga umat islam tahu apa yang baik dan apa yng tak harus dilakukan !!!

    ReplyDelete

Korang tulis apa2 comment pun...tapi jangan mare ye kalau tetiba jer komen tu tak dipublish kan...Mungkin ada unsur2 fitnah, kutukan dan sewaktu dengannya..Di sini bukan tempatnya...Disini tempat nak bertukar2 pengalaman dan merapatkan hubungan kawan2. Harap maklum...Selamat berblogger...!!!!