Friday, November 28, 2008

Hari Raya Aidiladha 1429 H




KUALA LUMPUR 27 Nov. -
Umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Isnin, 8 Disember ini.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini berkata, Malaysia mengisytiharkan 1 Zulhijjah 1429 Hijrah pada 29 November 2008.

''Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin setelah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1429 Hijrah ialah pada 29 November.
''Oleh yang demikian Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada Isnin, 8 Disember,''
kata kenyataan itu.

Utusan Malaysia, Jumaat, 28 November 2008

No comments:

Post a Comment

Korang tulis apa2 comment pun...tapi jangan mare ye kalau tetiba jer komen tu tak dipublish kan...Mungkin ada unsur2 fitnah, kutukan dan sewaktu dengannya..Di sini bukan tempatnya...Disini tempat nak bertukar2 pengalaman dan merapatkan hubungan kawan2. Harap maklum...Selamat berblogger...!!!!