Tuesday, January 27, 2009

Boikot !!!!!!

Zuer singgah makan di Pelita pada minggu lepas..ternampak gambar tentang Coca-cola dan Pepsi tidak di JUAL di Sini. Mungkin Pelita menyahut seruan beberapa NGO's untuk memboikot barang-barang keluaran Israel dan USA. Ternyata hanya minuman keluaran tempatan atau negara 2 yang tak bersekongkol dengan Israel dan USA sahaja dijual di sini.


Zuer tak nak komen banyak2 sangat tentang boikot nie !!!! Ramai blogger lain telah menjelas kan dengan lebih mendalam tentang hal nie. Saja jer Zuer nak kongsi gambar yang Zuer ambil. Kalau nak cakap pasal boikot nie...tak kesudah....lambat laun ia akan dilupakan dan kedai2 akan menjualnya kembali. Yang pasti ia bergantung kepada hak individu itu sendiri....


Yang pelik nya kenapa MILO ICE dan MILO Panas dijual plak kat sini? Bukan ker itu produk Nestle...satu syarikat sekutu Israel? Pelik gak !!!! Bak kata Nabil..... Lu pikir lah sendiri !!!!!!


PEPSI TIDAK DIJUAL

COCA-COLA TIDAK DIJUAL


2 comments:

  1. Haha..
    mamak tu lupe kut yg bende 2 masuk dlm list boikot kut...
    haha...

    kickapoo, 100plus tu kan masuk syarikat F&N...
    tak sekali ke patut kene boikot...

    takpe, at least mamak tu try...
    kalau semua dier boikot, nak carik makan ape bro...huhu

    ReplyDelete
  2. takpa...mungkin terlepas pandang...
    mamak² mana la sempat nak selidik list tu semua...
    mungkin pepsi & coca cola tu terlalu ketara sangat kot sebagai produk yang wajib diboikot...
    apa pun, syabas pelita nasi kandar.

    p/s: alangkah baiknya semua premis perniagaan di malaysia ni ikut contoh tu.

    ReplyDelete

Korang tulis apa2 comment pun...tapi jangan mare ye kalau tetiba jer komen tu tak dipublish kan...Mungkin ada unsur2 fitnah, kutukan dan sewaktu dengannya..Di sini bukan tempatnya...Disini tempat nak bertukar2 pengalaman dan merapatkan hubungan kawan2. Harap maklum...Selamat berblogger...!!!!