Showing posts with label Setiap Hari N3. Show all posts
Showing posts with label Setiap Hari N3. Show all posts

Friday, January 30, 2009

Tenang ketika Gawat

Pelbagai kesan dirasai impak kegawatan ekonomi yang berlaku ketika ini. Di Malaysia, sudah 10,000 pekerja hilang pekerjaan sejak 1 Januari 2009 dan dijangkakan dalam tiga bulan pertama dalam tahun ini lebih ramai yang akan diberhentikan kerja. Dilaporkan di USA , seorang pekerja yang baru diberhentikan kerja telah bertindak nekad membunuh isteri dan 5 orang anaknya sebelum membunuh dirinya sendiri!!! Peristiwa yang tragic ini adalah sebahagian fenomena sosial akibat tekanan hidup yang berat kerana kegawatan ekonomi yang sedang berlaku.


Bagi seorang Muslim, kegawatan yang berlaku adalah satu ujian yang ditakdirkan oleh Allah SWT. Muslim yang percaya kepada qada’ dan qadar akan mengharungi segala ujian dengan tabah dan optimis betapa di sebalik ujian dan dugaan ini pasti menyusul kesenangan dan kemanisan. Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT berfirman; Aku berasa kagum terhadap hamba-hambaKu yang beriman….. apabila mereka diuji dengan kesenangan mereka bersyukur dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka dan apabila mereka diuji dengan kesusahan maka mereka bersabar dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka” (riwayat Muslim).


Antara amalan yang patut kita laksanakan dalam keadaan yang gawat ini adalah seperti berikut:

1. Berjimat cermat dan merancang perbelanjaan sebijaknya. Berbelanja hanya pada perkara yang perlu;


2. Banyak berdoa memohon dimurahkan rezeki. Sebahagian ulama juga mengatakan bahawa solat dhuha antara amalan untuk murah rezeki. Tapi janganlah nawaitu untuk solat dhuha “kerana Ringgit Malaysia ”.


3. Menjaga hubungan silaturrahim kerana menjaga hubungan silaturrahim adalah antara amalan yang menjadi punca murah rezeki. “Barangsiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim” (riwayat al Bukhari dan Muslim);


4. Konsisten dalam bersedekah. Nampak pelikkan, dalam susah pun kena konsisten bersedekah??? Terdapat pelbagai hadith yang sahih yang menjelaskan betapa orang yang banyak bersedekah takkan jatuh miskin dan dilipatgandakan rezekinya. Disebutkan dalam sebuah hadith: “Setiap kali menjelang Subuh, turunlah dua Malaikat ke langit dunia. Salah satu di antara mereka berdoa: “Ya Allah kau gantikan (dengan banyaknya) kepada hambaMu yang banyak memberi (bersedekah)” manakala malaikat yang satu lagi berdoa: “Ya Allah kau hilangkan (dengan banyak) bagi orang yang menahan harta mereka (kedekut)” (riwayat Bukhari dan Muslim). Again, ikhlaskan niat kerana Allah jangan sampai sedekah kita kerana “Ringgit Malaysia ”;


5. Sentiasa bersangka baik kepada Allah samada ketika diuji dengan kesenangan atau kepayahan. Jangan terlintas di hati kita perasaan betapa Allah tidak adil dan tidak kasih kepada kita. Yakinlah, apa pun ujian dari Allah pasti ada hikmah yang tersirat. Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya.

Tuesday, January 27, 2009

Boikot !!!!!!

Zuer singgah makan di Pelita pada minggu lepas..ternampak gambar tentang Coca-cola dan Pepsi tidak di JUAL di Sini. Mungkin Pelita menyahut seruan beberapa NGO's untuk memboikot barang-barang keluaran Israel dan USA. Ternyata hanya minuman keluaran tempatan atau negara 2 yang tak bersekongkol dengan Israel dan USA sahaja dijual di sini.


Zuer tak nak komen banyak2 sangat tentang boikot nie !!!! Ramai blogger lain telah menjelas kan dengan lebih mendalam tentang hal nie. Saja jer Zuer nak kongsi gambar yang Zuer ambil. Kalau nak cakap pasal boikot nie...tak kesudah....lambat laun ia akan dilupakan dan kedai2 akan menjualnya kembali. Yang pasti ia bergantung kepada hak individu itu sendiri....


Yang pelik nya kenapa MILO ICE dan MILO Panas dijual plak kat sini? Bukan ker itu produk Nestle...satu syarikat sekutu Israel? Pelik gak !!!! Bak kata Nabil..... Lu pikir lah sendiri !!!!!!


PEPSI TIDAK DIJUAL

COCA-COLA TIDAK DIJUAL


Thursday, November 27, 2008

Ambil Lah Waktu !!!

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.

Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.

Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.

Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikanTuhan.

Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.

Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan jiwa

Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.

Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.

Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Ambillah Waktu untuk membaca Blog Zuer nie, itu adalah kerana akan menjawab segala TAG yang Zuer bagi..!!!

Sunday, November 23, 2008

Radio Lama

Zuer sempat menghadiri majlis perkahwinan Sepupu Zuer dekat Kandang, Melaka minggu lepas...Sepupu Zuer nie kawan dengan perempuan dr Yaman...Ermm ramai lah suku sakat dari sebelah perempaun yang datang...Ermmm ada yang apakai Purdah..ala-ala Arab gitu!!!

Yang menjadi tarikan Zuer adalah...Radio nie (lihat gambar dibawah)..Radio lama tuh !!!. Yang menariknya, radio nie di beli dengan harga RM 40 saje dekat kedai barang terbuang. Menurut Pak Ali ( pemilik radio ini), dia membelanjakan RM 400 untuk membaiki radio nie. Yang best nya radio nie mendapat sambutan oleh orang yang melihatnya. Ada yang nak beli radio nie sampai RM 3,000. Ermmm...kalau Zuer lah, tak kan jual radio nie. Menurut Pak Ali lagi radio nie telah berjasa kepadanya...kerana Pak Ali akan dipanggil untuk Majlis Perkahwinan disekitar Melaka...ada sampai ke Muar tuh...Rezeki kan Pak Ali?

Nie lah Radio yang Zuer maksudkan. Ia amat popular pada tahun 60-an. Tak sangka ia masih digunakan samapai sekarang. !!!!

Friday, November 21, 2008

Apa nie?

Zuer terima pic nie dari kawan melalui e-mail. Apa jenis binatang nie? Isa ditemui di Teluk Bahang..Satu kg bercakap pasal binatang nie...tetapi pihak media dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap kejadian ini...







Hanya ALLAH yang mengetahui..............



Thursday, November 20, 2008

Pengiraan Yang menarik...Cuba lah.......

Disini ada satu pengiraan matematik mudah untuk latihan anda, ia akan memberikan kejutan pada setiap!

•Ia cuma mengambil masa lebih kurang 30 saat.
•Ikut arahan pada setiap muka surat.
•Jangan pergi ke slide terakhir sebelum anda siapkan kesemua kiraan.
•Bersedia dengan mesin kira anda!!


1.Mula-mula, tetapkan dalam seminggu berapa kali anda ingin makan malam di restoran.

2.Darabkan dengan 2

3.Tambah 5

4.Darabkan dengan 50 .

5.Jika tarikh lahir anda tahun ini sudah lepas tambah 1758 sebaliknya tambah 1757 jika ianya belum lepas

6.Kiraan terakhir:
Tolak tahun anda dilahirkan.
(contoh.: 1941, 1973, dsb.).


7.Jumlah anda sekarang dalam tiga digit nombor.

Digit pertama dari 3 digit tersebut:

Adalah jumlah nombor yang anda ingin makan malam di restoran dalam seminggu.

Sekarang yang paling cool!!!

2 digit terakhir memberitahu anda …
UMUR anda!!!!!!
2008 ADALAH SATU-SATUNYA TAHUN DI MANA PENGIRAAN INI BERHASIL.

Cuba lah....