Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Monday, February 2, 2009

Papa Rich !!!

Terima Kasih pada Abg Bear yang menunjukkan jalan ke Papa Rich, Zuer tepon Abg Bear masa Abg Bear kat Kajang ngan Abg Shah..
Zuer ker Papa Rich, Cheras untuk merasa makanan kat sini...selalu tengok blog Abg Bear...nak jugak cuma makan makanan kat sini...

Zuer ke Papa Rich ngan Aheq, Kay, Epul dan Yoyo....

Welcome to Papa Rich

Roti Bakar (mentega + kaya)

Roti Bakar Susu

Mee Kari

Chicken Chop with Rice





















Friday, January 30, 2009

Tenang ketika Gawat

Pelbagai kesan dirasai impak kegawatan ekonomi yang berlaku ketika ini. Di Malaysia, sudah 10,000 pekerja hilang pekerjaan sejak 1 Januari 2009 dan dijangkakan dalam tiga bulan pertama dalam tahun ini lebih ramai yang akan diberhentikan kerja. Dilaporkan di USA , seorang pekerja yang baru diberhentikan kerja telah bertindak nekad membunuh isteri dan 5 orang anaknya sebelum membunuh dirinya sendiri!!! Peristiwa yang tragic ini adalah sebahagian fenomena sosial akibat tekanan hidup yang berat kerana kegawatan ekonomi yang sedang berlaku.


Bagi seorang Muslim, kegawatan yang berlaku adalah satu ujian yang ditakdirkan oleh Allah SWT. Muslim yang percaya kepada qada’ dan qadar akan mengharungi segala ujian dengan tabah dan optimis betapa di sebalik ujian dan dugaan ini pasti menyusul kesenangan dan kemanisan. Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT berfirman; Aku berasa kagum terhadap hamba-hambaKu yang beriman….. apabila mereka diuji dengan kesenangan mereka bersyukur dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka dan apabila mereka diuji dengan kesusahan maka mereka bersabar dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka” (riwayat Muslim).


Antara amalan yang patut kita laksanakan dalam keadaan yang gawat ini adalah seperti berikut:

1. Berjimat cermat dan merancang perbelanjaan sebijaknya. Berbelanja hanya pada perkara yang perlu;


2. Banyak berdoa memohon dimurahkan rezeki. Sebahagian ulama juga mengatakan bahawa solat dhuha antara amalan untuk murah rezeki. Tapi janganlah nawaitu untuk solat dhuha “kerana Ringgit Malaysia ”.


3. Menjaga hubungan silaturrahim kerana menjaga hubungan silaturrahim adalah antara amalan yang menjadi punca murah rezeki. “Barangsiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim” (riwayat al Bukhari dan Muslim);


4. Konsisten dalam bersedekah. Nampak pelikkan, dalam susah pun kena konsisten bersedekah??? Terdapat pelbagai hadith yang sahih yang menjelaskan betapa orang yang banyak bersedekah takkan jatuh miskin dan dilipatgandakan rezekinya. Disebutkan dalam sebuah hadith: “Setiap kali menjelang Subuh, turunlah dua Malaikat ke langit dunia. Salah satu di antara mereka berdoa: “Ya Allah kau gantikan (dengan banyaknya) kepada hambaMu yang banyak memberi (bersedekah)” manakala malaikat yang satu lagi berdoa: “Ya Allah kau hilangkan (dengan banyak) bagi orang yang menahan harta mereka (kedekut)” (riwayat Bukhari dan Muslim). Again, ikhlaskan niat kerana Allah jangan sampai sedekah kita kerana “Ringgit Malaysia ”;


5. Sentiasa bersangka baik kepada Allah samada ketika diuji dengan kesenangan atau kepayahan. Jangan terlintas di hati kita perasaan betapa Allah tidak adil dan tidak kasih kepada kita. Yakinlah, apa pun ujian dari Allah pasti ada hikmah yang tersirat. Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya.

Sunday, January 18, 2009

Wawasan 2020 !!! Kemana Arahnya?

Berikut tulisan oleh Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU)...

Isu kebanjiran pekerja asing terus menjadi perhatian. Perdebatan hangat di Parlimen baru-baru ini, khususnya mengenai lambakan buruh asing, memerlukan perhatian yang lebih serius. Berdasarkan data rasmi, kini sekitar 2.1 juta pekerja asing dilaporkan berada di Malaysia. Kalau diambil kira pendatang tanpa izin, jumlah sebenar mungkin jauh lebih besar.

Proses globalisasi yang meningkatkan keterbukaan ekonomi membolehkan aliran keluar-masuk barangan dan perkhidmatan serta modal dengan jumlah yang lebih besar. Nilai dagangan negara merentas RM1 trilion pada tahun 2006. Pada tahun 2007 jumlah pelaburan asing (FDI) mencecah AS$8.4 bilion melebihi tahap tertinggi yang pernah dicatat iaitu AS$7.3 bilion pada tahun 2006. Kita bangga dan gembira dengan kesan globalisasi ini.

Namun, proses globalisasi tidak hanya terhad pada peningkatan aliran dagangan dan modal sahaja. Malah aliran keluar-masuk pekerja asing juga turut sama meningkat. Dalam tempoh 2000-2007, jumlah kemasukan pekerja asing dalam negara meningkat sebanyak 153 peratus daripada 807,000 kepada dua juta orang. Jauh lebih besar daripada peningkatan jumlah dagangan (7.1 peratus) dan FDI (12.1 peratus) dalam tempoh yang sama.

Memang benar, kita perlu lebih terbuka dan melihat ekonomi dunia sebagai peluang yang perlu dimanfaatkan. Namun, keterbukaan ekonomi perlu dilaksanakan secara strategik dan teratur. Globalisasi adalah proses yang perlu dirancang untuk kita manfaatkannya. Sama seperti menanak nasi, ada proses. Beras dan air perlu disukat, tidak kena sukatan dan besar kecil apinya, nasi mungkin menjadi bubur atau pun mentah dan tidak boleh dimakan.

Negara perlu mempunyai strategi yang komprehensif mencakupi aspek-aspek utama keterbukaan ekonomi untuk kita mengharungi dan memanfaatkan proses globalisasi. Pastinya mengundur ke belakang bukan pilihan yang baik. Kita perlu peta perancangan untuk ke hadapan.

Dalam konteks kemasukan pekerja asing, strategi negara tidak jelas. Peningkatan jumlah buruh asing yang begitu mendadak dan kini membanjiri hampir semua sektor ekonomi adalah satu elemen 'krisis modal insan'.

Krisis ekonomi atau politik mudah dilihat dan difahami kesannya. Krisis modal insan lebih diam sifatnya namun kesannya amat besar. Kalau tidak ditangani dengan segera dan bersungguh-sungguh, bukan tahun 2009 atau 2010 yang dirisaukan tetapi hasrat kita untuk merealisasikan Wawasan 2020 mungkin terjejas.

Daya saing ekonomi terkini memerlukan peralihan model pertumbuhan dari pengeluaran (ekonomi-P) ke pengetahuan (ekonomi-K). Pada tahun 1980-an sehingga pertengahan 1990-an, Malaysia menjadi pilihan utama di kalangan pelabur asing yang mencari lokasi untuk aktiviti pengeluaran mereka bersandarkan tawaran menarik negara kita menyediakan kos input yang rendah, tawaran insentif pelaburan yang menarik serta infrastruktur perindustrian yang moden.

Kini cabaran utama kita ialah peralihan dari ekonomi-P ke ekonomi-K. Keupayaan kita merealisasikan Wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara maju amat tertakluk kepada keupayaan kita mengalihkan asas ekonomi ini. Negara-negara yang berada di tahap daya saing yang tinggi amat menyerlah ciri ekonomi-K mereka. Pada era ekonomi-P, kos buruh yang rendah menjadi tawaran. Era ekonomi-K, modal insan yang berpengetahuan, berdaya inovatif dan kreatif menjadi tarikan.

Mampukah kita menyediakan input utama ekonomi-K ini? Dari sudut ekonomi makro, 'kejayaan' negara menarik minat jutaan buruh asing dari serata dunia merupakan satu 'isyarat' pasaran yang asas ekonomi kita masih belum beralih.
Industri dalam negara secara keseluruhan masih bermain dengan cara lama iaitu bersandarkan kos buruh dan pengeluaran yang rendah. Kita mesti menarik pekerja-K bukan buruh asing. Penerima anugerah Nobel Ekonomi 1992, Profesor Gary Becker, yang merupakan 'guru' kepada konsep pekerja-K menyatakan - pekerja-K bekerja lebih dengan minda daripada tangan mereka.

Profesional

Pekerja-K tidak terhad kepada pekerjaan atasan atau profesional sahaja. Untuk Malaysia beralih ke ekonomi-K semua kategori pekerjaan perlu berubah. Dalam ekonomi-K, pekerja binaan, perkhidmatan pengangkutan sampah, perkhidmatan pembersihan bangunan, pekerja ladang, perkhidmatan restoran, semuanya perlu mengaplikasikan teknologi moden.

Nilai pekerja-K adalah berasaskan kualiti pengetahuan, daya inovasi dan kemampuan mengaplikasikan teknologi moden. Bagaimana kita menilai sumbangan buruh asing? Minda atau tulang empat kerat mereka? Di samping berusaha menghasilkan modal insan tempatan yang berkualiti, kita seharusnya memanfaatkan proses globalisasi dengan berusaha menarik minat pekerja-K global untuk datang ke Malaysia. Sebaliknya Malaysia kini adalah pengimport bersih buruh asing. Malah yang lebih merisaukan ialah, semakin besar lambakan buruh asing semakin kurang keinginan pekerja-K global untuk memilih Malaysia.

Lambakan buruh asing mengepung ekonomi kita daripada pekerja-K global. Perekonomian ekonomi-K mempunyai ciri yang unik. Modal insan, input utama ekonomi-K mempunyai sifat endogenous. Ia semakin berkualiti dan bernilai apabila diaplikasikan secara intensif dan apabila ia berada dalam kelompok yang sama dalam skala yang besar.
Pekerja-K umpama semut yang mencari gula. Semakin banyak gulanya semakin banyak semut yang mengerumuninya. Lambakan buruh asing mengurangkan manis gula. Semakin ramai yang masuk semakin kuranglah daya tarikan Malaysia untuk menarik minat pekerja-K global. Aliran masuk pekerja asing adalah sebahagian daripada proses globalisasi. Ia memanfaatkan sekiranya pekerja-K yang masuk ke Malaysia bukan buruh asing.

Dalam kategori profesional, ketiadaan pekerja-K dalam skala yang besar juga menjejaskan nilai dan ganjaran untuk pekerja-K sedia ada. Nilai seorang pakar IT di Myanmar jauh lebih rendah daripada nilainya di Lembah Silikon. Nilai angkasawan pertama negara mungkin jauh lebih tinggi sekiranya beliau berada di Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik (NASA) dan bukannya Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Aliran keluar profesional Malaysia ke negara lain semakin meningkat. Pada tahun 2007 dianggarkan seramai 785,000 pekerja mahir Malaysia berkhidmat di luar negara. Dari satu sudut, ada yang berpandangan bahawa ini hanyalah perihal individu yang ingin mendapatkan gaji yang lebih lumayan. Hakikatnya masalah tirisan minda (brain drain) ini adalah satu lagi petunjuk makro bahawa ekonomi negara tidak mampu meletakkan nilai yang sewajarnya pada seorang pekerja-K profesional.

Memang kita bangga apabila pekerja Malaysia khususnya yang dihasilkan oleh sistem pendidikan negara diiktiraf di peringkat antarabangsa. Persoalannya, mengapa pengiktirafan ini lebih cenderung berlaku apabila golongan profesional ini meninggalkan Malaysia dan berada di luar negara? Aliran keluar pekerja-K profesional yang dihasilkan oleh Malaysia tidak sama seperti kita mengeksport barangan buatan Malaysia. Kita sebenarnya rugi. Kita kehilangan input utama ekonomi-K, modal insan yang berkualiti.

Lazimnya perbincangan mengenai modal insan banyak tertumpu pada faktor penawaran (supply-side) yang melibatkan antara lainnya kualiti sistem pendidikan (sekolah, institusi pengajian tinggi dan latihan). Memang wajar. Namun ini sahaja tidak mencukupi. Lambakan buruh asing dan fenomena brain drain mencerminkan kegagalan faktor permintaan. Kelemahan penawaran dan permintaan pekerja-K perlu ditangani secara serentak bagi mengekang 'krisis modal insan' ini daripada menjadi lebih mudarat.

Jumlah buruh asing tiada hadnya. Berjuta masih ada di rantau Asia Tenggara. Malaysia perlu mengelak daripada menjadi pengimport bersih buruh asing. Peralihan ke ekonomi-K memerlukan aktiviti firma (asing dan tempatan) dalam negara beralih ke peringkat rantaian yang lebih tinggi yang mengaplikasikan pengetahuan secara intensif. Inilah Teras 1 Misi Nasional yang digariskan dalam Rancangan malaysia Kesembilan (RMK-9).
Merangsang

Polisi yang lebih berkesan perlu dibentuk bagi merangsang firma untuk berubah. Insentif dan penalti wajar diperkenalkan. Sebagai contoh, perkhidmatan pengangkut sampah yang menggunakan lori pengangkut berteknologi moden wajar diberi insentif. Sebaliknya perkhidmatan yang menggajikan ramai buruh asing dan menggunakan lori biasa yang mengotorkan perlu dihentikan atau dikenakan penalti.

Kelulusan membawa buruh asing masuk ke dalam negara perlu lebih selektif hanya untuk sektor yang benar-benar memerlukan. Penjadualan pengurangan buruh asing secara berperingkat yang diumumkan tidak akan tercapai sekiranya industri kita tidak berganjak ke rantaian pengeluaran yang lebih tinggi.


Wawasan 2020 untuk Malaysia menjadi negara maju tergugat sekiranya Teras 1 Misi Nasional tidak dicapai. Ia semakin parah sekiranya Teras 2 Misi Nasional yang menekankan kewujudan modal insan yang berkualiti, berdaya inovatif dan kreatif serta beretika juga tergendala. Kedua-dua teras Misi Nasional ini mesti di tangani serentak. Ia saling bergantung.

Untuk menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi (Wawasan 2020) polisi pendapatan rendah/pertengahan yang cenderung kepada menjadi 'murah' perlu berubah ke polisi pendapatan tinggi yang mengutamakan 'nilai'. Kemasukan buruh asing dan kesan keseluruhannya perlu dikaji dengan lebih teliti. Kebanjiran buruh asing berkemungkinan menjadikan kos buruh murah. Namun jangan sampai ia membuai kita di siang hari terlena sehingga ufuk Januari 1, 2020 menjelma.

- Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali ialah Pengarah Malaysian Development Insitute (MDI) Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Tuesday, January 6, 2009

Berkorban Untuk Bank?

Sistem Kat Bank hari nie di singgahi oleh Virus....tetiba jer virus nie datang...tak tau dari mana lah asal usul virus tu? Oleh sebab virus telah menyerang server, semua Spick staff terpaksa balik lambat. Terpaksa meninggalkan keluarga; Suami, anak, cucu...dll.

Itukah yang dinamakan korban pekerja terhadap majikan? Apa yang diberikan oleh majikan? Gaji? OT?...cukup ker? berbaloi ker dengan apa yang kami; pekerja dapat? Kejer macam nak "mampus" untuk Bank...tapi apa yang kami dapat? jawapannya - Nothing !!!!... nak bagi gaji naik pun susah...pilih bulu... Uhhhhhh


Kami masuk pukul 5 pagi...dan terpaksa tunggu hingga pukul 12 malam...besok pulak nak masuk pukul 5.00 balik !!! nie dah jadi kejer giler?


Kadang2 ada org kata...jangan berkira sangat...tapi nie dah kira melampaui batas...Setiap manusia ada hadnya....




Bawah nie antara gambar2 yang sempat Zuer ambik....Semua staff kener tunggu...sementara pakar IT buang Virus tu!!!! Ada yang main game...ada yang tidur...ada yang main HP...dengar lagu...ada yang baca blog....dan mcm2 lagi lah gelagat yang mereka buat !!!







Tak tau lah...apa akan terjadi pada Chinese New Year nanti...Jangan jadi mcm tahun lepas sudah...Kener Tidur kat Bank..!!!!

Sunday, January 4, 2009

Bersama Arnab

Ayah angkat Zuer suka pada Binatang....Banyak binatang yang dia pelihara..Antaranya Arnab...Dady bagi tahu anak2 arnab baru lahir...ada 12 ekor semuanya. Geram plak tengok arnab2 nie...Comel2 pulak tu...Ingin di hati nak bawak balik KL..Tapi Dady tak bagi sebab nanti dorang mati....anak2 arnab nie masih bersusu....

Seronok tengok arnab2 nie makan....!!!!

Dalam Kandang Arnab nie jugak, Dady pelihara ayam gak...duduk sekali dengan Arnab...Tapi yang kecoh nya si Ayam plak....!!!!


Mana Zuer tak kata, Ayam nie kecoh sangat,,,Tengok !!!! sibuk jer makan arnab nyer makanan....


Kem Bina Semangat Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru

Zuer ke Kem Bina Semangat Kuala Kubu Baru untuk melawat rumah mak angkat Zuer disana. Disi lah juga terletak Kem Program Latihan Khidmat Negara, Cawangan Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru...

Keindahan yang terlalu indah...Kabus menyelubungi gunung-ganang....

Sungai Kuala Kubu Baru...Betul2 kat belakang kem Bina Semangat nie !!!!

Friday, January 2, 2009

Love Poem for Today

A Special World
A special world for you and me
A special bond one cannot see
It wraps us up in its cocoon
And holds us fiercely in its womb.

Its fingers spread like fine spun gold
Gently nestling us to the fold
Like silken thread it holds us fast
Bonds like this are meant to last.

And though at times a thread may break
A new one forms in its wake
To bind us closer and keep us strong
In a special world, where we belong.

- Sheelagh Lennon -

Monday, December 29, 2008

Hijrah kah Kita?

Semperna Maal Hijrah 1430 ini...Zuer nak bercerita sedikit tentang Murtad yang menjadi2 kebelakangan ini...Zuer serta kan e-mail yang zuer dapat dari seorang teman....

Kita selalu mendengar bahawa kes murtad di Malaysia pada hari ini telah sampai ke satu tahap yang membimbangkan.. lebih2 lg apabila undang2 negara berkenaan hal ini telah mula dicerobohi oleh golongan bukan islam di malaysia..

Pertama, Saya ingin bertanya.. Salah siapakah ini?? Bukanlah tujuan sy untuk meletakkan kesalahan murtad ini ke atas bahu-bahu umat Islam.. Cuma ingin menasihatkan kita semua agar buka mata dan tidak mudah melatah dengan kejadian-kejadian seperti ini..


1) Bantuan kewangan -
Apabila umat Islam ditimpa satu2 musibah atau malapetaka, seperti beberapa tahun dulu di Acheh, ketika mana umat Islam sedang hangat bertikam lidah mengkafirkan antara satu sama lain, menuduh Wahhabi, menuduh sesat dsb, bantuan mana yg sampai dahulu di Acheh? Pendakwah Kristian, atau Islam? Letakkan diri anda di tempat mangsa Tsunami.. Ketika anda kehilangan sanak saudara, harta benda, tempat tinggal, ketiadaan makanan.. Tiba2 dtg satu kumpulan pendakwah Kristian membawa bekalan makanan dan perubatan.. Diberinya kita shelter dan brg2 keperluan lain seperti selimut dan pakaian.. Dibekalkan dengan senaskhah Bible diikuti dengan nasihat berkenaan kasih sayang Jesus kepada umat beliau.. dan barangsiapa yang beriman kepada Jesus, dia akan masuk ke dalam syurga.. Tidakkah anda juga akan terpesona dengan kecantikkan akhlak yang ditunjukkan oleh mereka? Hati mereka bertanya.. Di manakan saudara2 ku dari negara2 Islam? Aaah, mereka ni langsung tak guna.. Masa aku susah, xde sorg pun datang menolong.. Kini, saudaraku hanyalah org yg menolongku ketika susah.. Iatu paderi2 Kristian ini..Beberapa minggu selepas itu, barulah ada beberapa kerat bantuan yang smpai dari saudara Islam mereka sendiri.. dengan budget yang sedikit rendah daripada apa yang diterima oleh paderi2 kristian, mereka juga memberi bantuan dari segi makanan dan perubatan dll.. Namun ketika itu sudah terlalu lewat.. Jesus sudah lama bertapak di hati mereka..Umat islam kemudiannya melenting.. Ustaz2 dan penceramah bebas menjadikannya modal dalam ceramah2 mereka.. Video2 ditayangkan di sekolah2 dan ipt.. Namun apa tindakan seterusnya??


2) Akhlak VS Etika
- Rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepada keluarga saya membuatkan saya berpeluang untuk menziarahi beberapa buah negara 'Mat Salleh' seperti UK, Switzerland, France dan Australia beberapa tahun dahulu.. Ditambah pula dengan peluang saya melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar yang terletak di Kaherah, Mesir; sebuah negara yg masyhur dgn khazanah ilmu Islam..Atas faktor2 inilah, saya berpeluang melihat perbezaan yang ketara antara akhlak yang ditunjukkan oleh umat islam dan etika yang dimiliki oleh orang2 bukan Islam...Menepati masa, menepati janji, menjaga kebersihan, sistematik, jujur, amanah, cekap, menolong orang tanpa mengira kenalan atau tidak, maju -- adalah perkataan2 yg saya akan gunakan untuk menyifatkan masyarakat 'Mat Salleh' yang tidak ada iman kepada Allah, Nabi dan kitab-Nya..Tidak menepati masa, memungkiri janji, pengotor, tidak sistematik, tidak jujur, tidak amanah, tidak cekap, susah nak mintak tolong, mundur -- antara perkataan2 yg saya boleh sifatkan kepada masyarakat Arab Islam yang mengaku beriman kepada Allah, Rasul dan Kitab yang mereka akui sebagai pembimbing umat manusia dari setiap sudut dan aspek..Tetapi bagaimana kita hendak terangkan kepada penduduk dunia perbezaan antara AKHLAK umat Islam yang dibimbing dengan wahyu Ilahi dengan ETIKA yang dimiliki serta dipraktikkan oleh umat bukan Islam yang sering kita label sebagai 'sesat' dan 'penghuni neraka' ini?Jika anda merupakan seorang yang asing daripada pengetahuan dan negara Islam, dengan hanya melihat kepada sikap penganut-penganut agama tersebut, agama manakah yang akan anda pilih; Islam atau Kristian? Golongan moden pada hari ini, kebanyakannya tidak lagi melihat kepada doktrin atau ajaran sesuatu agama itu untuk menilai sejauh mana kebenarannya.. "Between religion and morality, I would choose morality," menurut salah seorang pembaca blog ini yg non-muslim..Jadi, jika AKHLAK umat Islam dan ETIKA org bukan Islam diletakkan di neraca timbangan, rasa2nya siapa akan menang?


3) Kemajuan dlm bidang keduniaan
- Umat Islam sibuk mengatkan, "Al-Quran kami bertepatan dengan fakta sains dan teknologi hari ini.." "Al-Quran kami menggalakkan pembangunan spirituil, keduniaan dan intelektual dalam masa yang sama. Islam adalah agama yang sempurna.."Tetapi, adakah kata2 seperti ini berjaya dijelmakan ke dalam bentuk realiti? Atau hanya sekadar omong2 kosong yg sampai bila pun tak akan terrealisasi?Bayangkan jika anda; seorang atheist yang mementingkan moraliti dan juga kemajuan dlm bidang keduniaan yang hendak berhijrah ke negara lain.. negara mana yang akan anda pilih? Mesir, atau US? Anda mgkn akan mengatakan, "Alaa, xpela.. Islam x mementingkan keduniaan.. yg penting akhirat nnti.."Tp cuba fikir.. Jika org sperti ini menetap di US atau UK kerana tidak mahu menetap di mesir yang jauh lebih mundur dari US atau UK, sampai bila dia akan terus menerus menerima mesej Islam yang sebenar - yang jauh dari putar belit media??


4) Kebersihan
- Umat Islam sibuk melaungkan, "Islam agama yg menggalakkan kebersihan.." "Kebersihan sebahagian daripada Iman.." Tetapi pergilah ke mana2 negara Islam.. Siapa boleh beritahu saya satu negara Islam yang majoriti tempatnya bersih? (other than Malaysia, if u consider Malaysia as a clean country)

Tuesday, December 23, 2008

Renung-renungkan

Renungkanlah sedalam-dalamnya.

Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan itu dalam doa2 selepas sembahyang. Allah mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak berimankemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini.

Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah. Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta ditgh2 bandar raya. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu.

Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik. Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidak sempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.
" Seorang teman pernah berpesan.."Kadang2 Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar..Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."


" `Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`