Wednesday, November 26, 2008

Ketahuilah Wanita, Lelaki Teransang 30 Kali sehari...

Ketahuilah Wanita, Lelaki Teransang 30 Kali Sehari .

Isunya mengenai kewajipan menutup aurat kepada wanita.

1.Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah 'kegebuan' leher dan dadanya. Sedangkan dalam ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.

2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang 'gebu' itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot. Aduhhh...!!!!

3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?

4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai 'kain koyak' pula. Apabila berjalan, terserlahlah 'kegebuan' betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!

6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

7. Ada perempuan bertudung, 'merendek' pula dengan pak wer di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.


Syahwat Lelaki


Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.

Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya. Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali. Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat.

Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan. Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis. Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.

Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama. HENDAK SERIBU DAYA..TAKNAK SERIBU DALIH.....PANDAI-PANDAI LAH NANTI MENJAWAB DAN BERDALIH DIHADAPAN ALLAH....Tak takut ker???

Kita perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah. Tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif. Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang...Lelaki buaya darat...Lelaki mengganggu..Lelaki sexual harashment.....Sape suruh buat-buat suara manja?? Sape suruh ??? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai???

Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel....Sape yang cakap tu?? :#) wallahua'lam

15 comments:

  1. Salam Zuer,
    Good Job Dude!,walaupun merah padam muka ni,terasa sindiranya...
    Thanks 4 reminding!

    ReplyDelete
  2. 30kali sehari?
    pergghh..!! byknya..!!

    ReplyDelete
  3. betul tu nazz setuju sangat bab wanita bertudung

    ReplyDelete
  4. sekarang memang dunia akhir zaman pun...macam2 dah terjadi kiamat kecil dah berleluasa. Yang penting kita tanya iman dan hati dan berpegang teguh pada Rukun Islam dan Rukun Iman...Ingat lagi ke..cuba senaraikan...hehehehehe...in order ok ngeh3...

    ReplyDelete
  5. Hmm..susahnya jadi perempuan..

    Tudung tak bergaya.. katanya tak kena,
    Baju kurung sahaja.. katanya tak ikut perkembangan fesyen,
    Kasut tak bertumit, katanya tak pandai bergaya,
    Tak bersolek, katanya pucat lesi nak tengok pun tak selera,
    Kalau ada yang tak kena.. not "my taste" katanya..

    Cemana ya...?

    ReplyDelete
  6. Rerama...jgn lah mcm tu...bukan sindiran...ingatan setulus hati sesama muslim

    ReplyDelete
  7. Kak Putu...30 hari tu purata jer tau...mungkin lebih dari tu...nak nak yang duk kejer dalam air cond...sejuk..!!!

    ReplyDelete
  8. Naz...ermmm betul kan naz...kan kannnnn

    ReplyDelete
  9. abg syam...betul tu...nantilah zuer senarai kan...ermm siap ada oder tu...Cuber abg senarai kan ? nak compare ngan zuer nyer plak !!!

    ReplyDelete
  10. ikut sunnah nabi jer kak dib... pakai purdah...karanhg kalau pakai purdah...samakan al-arqam plak !!!
    sendiri pikir lah..semua manusia ada akal kan? fesyen rasanya boleh...tapi hendak lah yang menutup aurat...ada gak yang tutup aurat...tapi baju yang dia pakai tu nampak body shape...tu pun HARAM gak !!! kannnn

    ReplyDelete
  11. uit...kita suruh dia buat dia suruh kita buat pulak hehehehe

    ReplyDelete
  12. Dlm bab berpakaian ni kan, Zuer, bg kja, kja tak kisah kalau org kata kja x pandai bergaya ke, tak ikut trend ke.. Kja lbh selesa berjubah.. Org nak nampak kja gemuk ke apa ke, itu no hal.. tak menjejaskan kja pun.. Gincu setakat tak nampak pucat, bedak sekadar tak nampak mcm org tak mandi..

    Semmgnya hukum Tuhan dah cukup cantik.. patuh je lah.. Tuhan tahu akal kita tak sampai nak fikir semua tu, sbb tu Dia dah tegaskan siap2 dlm Al-Quran.. Kita cuma tinggal taatkan perintahNya.. Tak perlu nak persoalkan lagi..

    ReplyDelete
  13. sape suh pakai tudung, tapi baju sendatmendat cam sarung nangke??

    sape suh pakai sluar ketat2..

    tpi kdg2 elok utk jamu mate, sekali tgk, rezeki tu!
    2 kali tgk, dose...!
    berkali-kali?? bala...

    ReplyDelete

Korang tulis apa2 comment pun...tapi jangan mare ye kalau tetiba jer komen tu tak dipublish kan...Mungkin ada unsur2 fitnah, kutukan dan sewaktu dengannya..Di sini bukan tempatnya...Disini tempat nak bertukar2 pengalaman dan merapatkan hubungan kawan2. Harap maklum...Selamat berblogger...!!!!