Hadith :
Dari Ibnu Abbas r.a. bahawa datang seorang lelaki kepada Nabi s.a.w. lalu berkata: Sesungguhnya sudah menjadi kewajibanku berkorban seekor unta dan aku orang kaya tetapi aku tidak dapat mencari unta untuk dibeli. Orang itu diperintahkan oleh Nabi s.a.w. supaya membeli tujuh ekor kambing lalu disembelihnya”
(Ahmad dan Ibnu Majah)
Huraian
1. Ibadat korban adalah salah satu suruhan agama yang telah disyariatkan dalam Islam, oleh itu bagi mereka yang berkemampuan untuk berkorban, maka hendaklah berkorban demi melaksanakan syariat tersebut.
2. Keutamaan binatang korban dimulai daripada unta, jika tidak ada unta berkorbanlah dengan lembu, jika tidak ada lembu berkorbanlah dengan tujuh ekor kambing.
3. Korban yang paling sedikit ialah seekor kambing iaitu untuk seorang, manakala seekor unta atau lembu pula adalah untuk tujuh orang.
Renung-renungkan, selamat beramal
.
Hi Zuer,
ReplyDeleteZuer korban apa tahun ni/
Kak Salju....berkorban apa saja...harta atau pun nyawa...itu lah kasih mesra sejati.....lalalllal
ReplyDeletekorban cinta???
ReplyDeletehiks
selalu berkorban..........
ReplyDeleteBerkorban bagus kerana dengan berkorban kita juga membantu orang yang susah. Pada Raya Korban ni lah orang yang tidak berkemampuan dapat makan daging lembu dan kambing. Di samping membantu orang yang susah, ada banyak hikmah lain dalam berkorban.
ReplyDeleteBerkorban adalah sesuatu yang mulia dan jika niat itu mulia pasti akan dibalas pahala kelak. Macam Zuer cakap "....berkorban apa saja...harta atau pun nyawa...itu lah kasih mesra sejati....."
selamat bkorban, ok... hikhikhik...
ReplyDeleteCik bani hashim, Korban cinta....Cinta kepada siapa?
ReplyDeleteAbg syam...selalu korban apa lak nie?
ReplyDeleteFaisal...betul...betul...betul...
ReplyDelete@liya...bukan korban diri k...Jagalah diri di hari perayaan nie. Ingat orang tersayang !!!
ReplyDeleteAda lagu lama bertajuk "Korban Percintaan"(tengok kat listing karaoke semalam). Sempena nak raya korban ni.. bleh lah pasang lagu tu. Hiks!
ReplyDeleteKat Kedah last yr, mmg ada tempat yg buat korban unta...
ReplyDeleteIbadat penyembelihan korban Aidil Adha bukan sahaja sebagai tanda syukur dengan nikmat Allah SWT yang telah mengurniakan rezeki kepada kita tetapi juga suatu proses yang penting dalam hidup bermasyarakat. Daging korban itu dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama umat Islam dan juga dapat merapatkan jurang antara yang kaya dengan yang miskin. Ibadat korban juga dapat mengikis sifat bakhil dan terlalu sayangkan harta.Sama2lah kita merenungi hikmah korban itu..
ReplyDelete